Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Wajah Semanis Gula? Ini ‘Rencahnya’

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Nak manis tambahlah sedikit cahaya, sentuhan warna hangat, kilauan mutiara dan jangan lupa asas yang betul…

 

 

Nars Natural Radiant Longwear Foundation, RM195. Nampak flawless tapi pakai foundation atau tidak? Itu efek bedak asas ini, bila dipakai nampak seperti kulit asli!

Paul & Joe Moisturizing Foundation Primer S, RM162. Untuk yang pakai bedak asas, tahniah! Solekan kamu lebih sempurna tapi kalau kamu nak pakai ini sahaja pun dah cukup untuk efek second skin yang bercahaya dan sekata.

Dior Backstage Contour Palette Universal 001, RM188. Yang tak pandai kontur wajah pun boleh jadi pandai dengan palet ini. Warnanya rata dan tidak terlalu pekat dan empat pilihan warna itu untuk kamu cipta kontur yang seamless, bukan seperti peta!

Art Deco Long Lasting Foundation Oil-Free, RM109. Untuk kamu yang lebih berminyak (kulitnya bukan orangnya) bedak asas bebas minyak sesuai untuk hasilkan solekan dengan matte glow (yes kamu mahu glow!)

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru