Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
saharul ridzwan

Video Trivia Dan Fakta Menarik Tentang Saharul Ridzwan

Saharul Ridzwan yang baru saja melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Qaabila Deena Emir memang menitik beratkan soal penampilan.

saharul ridzwan

Ketika sesi fotografi untuk ruangan Man Manual Cosmopolitan edisi November 2016, Saharul sempat melakukan senaman warm up untuk pastikan ototnya ‘naik’. Ehem…

5 Perkara Menarik Tentang Saharul

1. Sukan yang paling digemari Saharul ialah bola keranjang. Dia pernah mewakili universitinya dan sukan tersebut membina keyakinan diri dan membentuk tubuh Saharul menjadi lebih tegap.

 

2. Saharul tidak sukakan warna pink tetapi selesa memakai kemeja-T kosong. Warna kegemarannya ialah hitam, putih dan merah.

 

3. Tidak akan makan hidangan yang mengandungi sayur sawi kerana rasanya yang pahit, tapi sayuran lain tiada masalah buat Saharul.

 

4. Obses dengan koleksi kasut Nike Air Jordan dan memiliki lebih 50 pasang kasut jenis itu. Malah Saharul sanggup memesan daripada rakannya untuk membeli koleksi terbaru jika dia sibuk di lokasi penggambaran.

 

5. Filem kegemarannya ialah Kabhi Khushi Kabhie Gham. Hero kegemarannya ialah Hrithik Roshan dan Saharul mengakui tetap tersentuh walaupun menonton filem itu berulang kali.

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness