Victoria's Secret Fashion Show Catat Rating TV Terendah Dalam Sejarah! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Victoria’s Secret Fashion Show Catat Rating TV Terendah Dalam Sejarah!

Dikhabarkan bilangan tontonan persembahan fesyen Victoria’s Secret jatuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Pertunjukan Victoria’s Secret 2018 dilaporkan mendapat jumlah tontonan terendah setakat ini apabila disiarkan pada Ahad, 2 Disember lalu. Acara catwalk yang dibintangi adik-beradik Hadid serta Kendall Jenner mencatatkan rekod rendah dengan hanya 3.3 juta penonton, berbanding lima juta tahun lalu. Ia disiarkan di ABC di Amerika Syarikat.

Statista melaporkan bahawa jumlah tontonan jatuh hampir separuh daripada 2014 hingga 2017 daripada 9.12 juta hingga 4.98 juta, penurunan yang mengejutkan. Terdapat beberapa sebab untuk penurunan itu. Pertunjukan fesyen ini masih baru buat ABC, yang sebelum ini mempunyai kontrak CBS yang lama, dan ia disiarkan pada petang Ahad dan bukannya slot kebiasaan pada hari Selasa. Entertainment Weekly melaporkan ABC juga menunjukkan bahawa rancangan itu masih mendapat angka terbaik untuk program 10pm sepanjang musim.

Namun, ia masih mencatatkan jumlah terendah sepanjang sejarah untuk jenama itu, dan Victoria’s Secret juga sedang menghadapi kritikan teruk untuk outdated portrayal of beauty dan lack of inclusivity. Bulan lalu, ketua pegawai pemasaran Victoria’s Secret, Ed Razek terpaksa meminta maaf atas komennya yang tidak sensitif mengenai saiz wanita dan komuniti LGBTQ. Malah Halsey, yang pernah membuat persembahan di pertunjukan fesyen Victoria’s Secret juga secara terbuka memalukan label itu.

Pada bulan Jun, dilaporkan bahawa jenama gergasi itu bergelut untuk menjual barang-barang yang sudah diberi harga promosi. Walaupun kajian ini berdasarkan jualan sebulan, penganalisis Jefferies, Randal Konik berkata ia adalah ‘game over’ untuk jenama itu. Dalam cubaan untuk ‘membersihkan’ inventori, Victoria’s Secret memanjangkan tempoh jualan murah selama dua minggu dan menurunkan harga yang mengakibatkan penurunan kadar margin. Forbes juga mendapati jualan di stor dan jualan langsung Victoria’s Secret masih 9% menurun sejak 2016.

 

Artikel asal: Cosmopolitan.com/uk

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva