Victoria’s Secret Fashion Show 2018 - Tahniah Kendall Dan Gigi!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Gigi Hadid Dan Kendall Jenner Akan Berjalan Dipertunjukan Fesyen Victroria's Secret Tahun Ini!

Victoria’s Secret Fashion Show 2018 – Tahniah Kendall Dan Gigi!

Jika kamu tertanya-tanya sama ada Gigi Hadid dan Kendall Jenner akan mengikuti pertunjukan fesyen Victoria’s Secret untuk tahun ini, jawapannya adalah yes!

Walaupun Kendall mahupun Gigi masih belum mengesahkan berita ini, Brian Atwood pereka fesyen yang mereka kasut untuk pertunjukan ini telah mendedahkan berita ini di Instagram. Pertama, dia mengesahkan kehadiran Gigi dengan menulis “Less than 1 month away!!!! Let’s do this @gigihadid @victoriassecret”….

Dan dia memuat naik lagi satu post dimana dia turut mengesahkan Kendall juga akan berjalan di pentas Victoria’s Secret pada tahun ini dengan menulis “Can’t wait to see this beauty @kendalljenner strutting in my shoes for the @victoriassecret fashion show… less than a month away!!!!”

Seperti yang dilaporkan oleh The Daily Mail, ramai peminat menyuarakan pendapat mereka mengenai berita, terutamanya kerana mereka berdua tidak mengikuti pertunjukan tersebut di Shanghai tahun lepas.

Untuk pengetahuan kamu, pertunjukan fesyen Victoria’s Secret tahun ini akan diadakan di New York city!

Artikel asal: Mehera Bonner (Cosmopolitan.com)

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker