Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Victoria Beckham Kongsi Rahsia Ranjang Bersama David Beckham

Rumah tangga Victoria-David Beckham bukan tidak pernah dilanda badai, tetapi ikon fesyen itu mendedahkan hubungan asmara yang bagus membantu memulihkan hubungan mereka.

David disifatkan sebagai lelaki sempurna di mata kebanyakan wanita seluruh dunia. Kacak, berpengaruh, popular, kaya dan lelaki budiman juga seorang ayah yang bertanggunjawab. Mungkin bagi wanita lain, Victoria bertuah memiliki David, tetapi bagi lelaki lain, ia sebaliknya.

Victoria dilihat lebih dominan berbanding David dalam hubungan, apatah lagi anak-anak mereka mengakui Victoria lebih garang berbanding bapa mereka. Bagaimana agaknya pula apabila mereka diranjang? Siapa lebih dominan? Bukan Cosmo yang sibuk nak tahu, tetapi Victoria sendiri berkongsi kisah asmara mereka secara terbuka.

“Saya tidur tanpa sehelai pakaian setiap malam, terutamanya apabila mendapat tahu David tidak bekerja hari itu,” luah Victoria.

Victoria mendedahkan kesibukan mereka berdua menghadkan hubungan intim, dan disebabkan itu mereka menggunakan peluang bersama dengan baik. Victoria menerusi sebuah interview bersama Yahoo Entertainment juga secara terbuka bercerita mengenai saiz ‘Mr Smile’ David yang memuaskan. Opsss! Tak perlu Cosmo dedahkan disini, cukup sekadar mengetahui yang Victoria berpuas hati.

Victoria juga mengakui terpaksa bekerja keras di ranjang supaya David sentiasa mengingatinya ke mana sahaja dia pergi. Cosmo yakin kamu pernah mendengar skandal terdahulu David bersama wanita lain, jadi tidak mustahil Victoria perlu kelihatan cantik dan hangat di mata David setiap masa. Sounds insecure much?

Dalam pada itu, Victoria mengakui David seorang lelaki yang romantik sejak dari awal perkenalan mereka. “Ketika dating dulu, kami banyak meluangkan masa dalam kereta dan berbual tentang pelbagai topik selama berjam-jam. Pesan Victoria, sebagai wanita moden, jangan sesekali mengabaikan penampilan diri dan juga suami kamu. Itupun kalau tidak mahu suami kamu lari dengan wanita lain.

Foto: Pinterest.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness