
VE DI HATI – Nikmati Buffet Ramadan Yang Menyelerakan Sambil Beramal
VE Hotel & Residence, Bangsar South, memperkenalkan festival himpunan pelbagai jenis menu buffet Ramadan diberi nama - VE DI HATI, sepanjang berlangsungnya bulan puasa.
VE DI HATI adalah inisiatif VE Hotel & Residence untuk mengimbas kembali memori indah daripada tahun-tahun terdahulu dengan hidangan menu homemade dengan suasana seperti dirumah, nyaman, tenang dan selesa.
Buffet Ramadan VE DI HATI berlangsung dari 17 Mei - 14 Jun ini menampilkan tiga sudut berbeza:
VE’s Straits Festival: Mempamerkan pelbagai menu sepanjang bulan Ramadan, menawarkan hidangan kulinari yang menampilkan keistimewaan dari seluruh Selat Malaysia dengan masakan yang tulus dari hati.
VE’s Share The Care: Platform untuk kamu beramal sambil memberi kembali kepada komuniti - di mana RM1 daripada setiap jualan sepanjang bulan Ramadan akan disumbangkan untuk Rumah Kebajikan Kanak-Kanak yang merupakan rumah anak angkat VE Hotel, yang akan diumumkan pada akhir Ramadan nanti.
VE’s In Your Heart: Dengan Hospitality From The Heart, ia adalah harapan pihak VE Hotel supaya hubungan yang terjalin diantara para pelanggan dan tetamu akan sentiasa terjaga.
Tetamu yang menempah set buffet Ramadan ini akan menikmati lebih 100 jenis hidangan enak seperti Ayam Kurma Navratan, Daging Hitam Mamak, Ayam Briyani, Madras Lamb Masala, Udang Masak Merah, Nangka Muda Masak Lemak, Sotong Goreng Kunyit, Daging Kerutup dan banyak lagi.
The Straits Festival berlangsung bermula 17 Mei sehingga 14 Jun, setiap hari dari jam 6.30pm-10.30pm. Harga adalah RM 128++ seorang. Kanak-kanak dibawah 12 tahun dan warga emas diatas 55 tahun berharga RM64++ seorang.
Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, hubungi :
VE Hotel & Residence
8, Jalan Kerinchi, Bangsar South,
59200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
+ 60 (3) 2246 2888.