Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Usikan Seks Epik

Berasmara selalunya dapat all the glory. Tapi aktiviti pencetusnya juga kenalah sehangat ‘acara utama’. Seks yang epik dengan sexpectation yang hebat – teruskan dan get busy!

22035466_l

 

Serlahkan sisimu yang sext-y.

Guna emoji kegemaranmu untuk tujuan nakal tanpa menaip sebarang perkataan. Ubah sexting biasa kepada sexmoji. Gabungkan beberapa emoji untuk beri inspirasi malam hangat.

 

Ajaknya secara formal.

Malam ini, segalanya tentang main-main, no work. Biar suami tahu kamu yang tentukan jadual dengan menghantarnya itinerary (gunakan e-mel peribadi, bukan kerja ya!). Hantarkan kepadanya janji temu pada 8 malam, kemudian minta dia balas ‘budimu’ pada 8.15 malam. Tepat sejam, ‘sesi seks terhebat dalam dunia’ pula. Akhir sekali, jadualkan fiesta-piza-dan-peluk pada 9.30 malam. Takkanlah dia sangup tolak ‘mesyuarat’ sepenting itu.

 

Usikan di pagi hari.

Kejut si dia daripada tidur dengan mulutmu – bukan seperti yang kamu bayangkan. Guling dalam selimut dan mulakan sesi make out dengan penuh teruja, godaan yang mind blowing. Bila dia sangka kamu nak berikan morning sex, bangun dan katakan, “Kita tamatkan sesi ini malam nanti.” Dan terus keluar untuk pergi ke gim.

 

Senarai beli-belah terhangat.

Bila menulis senarai barang kena beli hujung minggu ini, ‘terbalikkan’ dunia suamimu dengan kejutan yang kinky. Selepas ‘beras dan gula’ serta ‘bawang dan kentang,’ tuliskan dengan bersahaja ‘aiskrim untuk sesi istimewa di bilik malam nanti’. Dia akan rasa tak sabar nak pulang ke rumah dan lihat apa lagi yang kamu ingin dia lakukan untukmu. Jangan bimbang, kamu boleh mintanya tolong kemas barang dapur. Selepas kalian hmm…

 

Hantar teka-teki nakal.

Perkenalkan sext hangat ala slide-show, seakan James Franco (tapi tak creepy ya). Mula rakan selfie punggungmu dari sudut lantai ke atas – pergelangan kaki, betis – kemudian mula semula dari sudut bahu ke bawah – tonjolkan tulang bahu, garis bahu. Hantarkan gambar tersebut satu persatu. Bila dia minta lagi dan sangka akan dapat the winning shot, katakan kepadanya yang dia perlu ikut ‘peta’ tubuhmu untuk sesi hot malam nanti.

 

Nikmat dia dan kamu.

Perkara terbaik bila bangun pagi adalah rasa ‘teruja’! Biar dia saksikan kamu mencari ‘butang penggeramu’ dan ajarnnya untuk pelajari setiap usapan. Tugaskannya untuk mencipta semula gerakan itu malam nanti dan berjanji yang kamu akan puaskan juga kemahuannya. Dia pasti tak keruan sepanjang hari memikirkannya dan kamu pula boleh lalui mesyuarat membosankan sambil memikirkan ‘ganjaran’ yang bakal diterima nanti.

 

Foto: 123rf.com 

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert