Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Urutan Manja Untuk Kamu Dan Suami

Tengah ada mood nak lakukan sesuatu bersama suami? Cuba satu daripada urutan eksotik (dan erotik), malam ini.

Tekanan Bawah-Pinggang. Urutan Penuh-Pleasure. Massage Atas Riba. Bukan, ini bukan posisi Kama Sutra Cosmo yang baru ya. Ia adalah gerak urutan mencairkan tubuh, ilmu diperoleh selepas menyelidik spa di seluruh dunia. Urutan ini sememangnya sensual dan luar biasa – percayalah, kamu takkan jumpa di mana-mana. Tunggu apa lagi, pelawa suami untuk saling melayan manja di rumah nanti.

 

Urutan Riba

Wanita India cukup tahu yang urutan kepala akan mengurangkan tekanan daripada leher ke atas. Disebabkan lelaki biasanya memikul tekanan di bahu ke atas, urutan ini memang ideal untuk mereka. Untuk memantapkan pengalaman ini buat kalian berdua, letakkan kepalanya di atas ribamu supaya kamu boleh melihat reaksinya bila disentuh. Pertama, gunakan jari telunjuk untuk menekan antara kedua-dua keningnya. Kemudian gosok sekeliling telinga, di situ ada lebih 300 pusat tekanan, menjadikannya zon rangsangan yang utama. Daripada situ, urut perlahan-lahan sehingga ke dahi. Lepas ni, minta dia pula lakukan yang sama untukmu.

 

Urutan Penuh-Pleasure

Pakar urut Thai berkata, bukan bahagian belakang saja perlu diberi perhatian. Urutan pada dada dapat menaikkan pengaliran darah, lantas membantu menaikkan sistem imunisasi tubuh. Untuk menggosok lebih mudah gunakan minyak pada badannya, kemudian letakkan tapak tangan bersebelahan, facing upright, pada satu bahagian dadanya kemudian perlahan-lahan gosok ke atas dalam bulatan. Brush over his nipple dengan ibu jarimu (atau gunakan lidahmu!). Teruskan sehingga ke bahu, gilirkan dengan tekanan tapak tangan dan jari. Ulang untuk bahagian sebelah kemudian, giliran kamu pula!

 

Sesi ‘Rotan’ Nakal

Berkurun lamanya, pengunjung spa di Russia mendakwa teknik melibas dapat meningkatkan pengedaran darah dan mengeluarkan toksin. Di situ, kamu akan disebat dengan ranting kayu, tapi kamu boleh gunakan tuala basah yang hangat di rumah. Rendam tuala dalam air suam panas, perah, kemudian masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 30 saat (jangan sampai rasa melecur pula). Minta suami untuk berdiri membelakangi kamu. Dengan cara itu, dia takkan tahu di mana kamu nak sasarkan, sudah tentu lebih mengujakan. Pulas tuala kemudian pegang kedua-dua hujungnya. Lepaskan satu daripada hujungnya dan dengan lembut sebat beberapa kali pada kaki dan lengannya, kemudian halakanlah ke punggungnya. Tukar tempat dan watak ya.

 

Tekanan Bawah Pinggang

Budaya di Eropah biasanya tak begitu uptight, jadi tidak mengejutkan bila mereka gemar mengurut lebih ke kawasan selatan berbanding kawasan lain. Tapi ada sebab untuk itu. Kamu boleh memperoleh manfaat terapeutik apabila dapat melonggarkan kawasan pertemuan antara pinggul dan paha. Kebanyakan flexor pinggul hilang fleksibiliti kerana duduk terlalu lama. Untuk menjadikan kawasan sendi rasa seakan jeli seperti dilakukan di Perancis, sapukan minyak urut pada kedua-dua tapak tangan, kemudian uli perlahan bahagian flexor mengikut arah jam, sekaligus mencipta geseran dan rasa hangat. Apabila ototnya rasa lebih lembut, tambah tekanan dan lakukan urutan bulat kecil dekat dengan alat sulitnya yang sememangnya lebih sensitive. Bila dia mula menghela nafas syahwat, tukar tempat supaya dia pula boleh lakukan kepadamu.

 

Foto: ingimage.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert