Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Uruskan Kewangan Kamu Sekarang!

Kamu terikat dengan banyak perkara tapi membiarkan kewangan kamu tidak terurus boleh merugikan – daripada tunggakan pembayaran kad kredit kepada kehilangan kad keahlian. Nasib kamu baik kerana Cosmo sebenarnya taksub dengan pengurusan kewangan. Cuba tip ini.

Foto: INGimage.com

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

BERSIHKAN DOMPET KAMU

1. JANGAN BAWA TERLALU BANYAK DUIT. Bawa maksimum RM100 tunai. Ia mencukupi untuk saat kecemasan dan tidak akan terlalu mengecewakan kamu jika kamu hilang dompet kamu atau dicuri.

2. JANGAN BAWA TERLALU BANYAK KAD KREDIT. Kebanyakan kita hanya memerlukan dua. Satu kad kredit utama dan satu lagi sebagai sokongan. Simpan kad kredit tambahan di tempat selamat di rumah kamu. Ia juga salah satu perkara bijak dengan membuat salinan kad kredit dan menyimpannya di rumah supaya kamu boleh akses nombornya jika kamu kehilangan kad kamu.

3. SIMPAN GIFT CARD DI RUMAH. Gift card salin tidak tumpah seperti tunai. Melainkan jika kamu tahu bahawa kamu akan membeli-belah dengan menggunakannya secara spesifik, jika tidak tinggalkannya di rumah saja. Jika dompet kamu dicuri, ia adalah perkara yang paling mudah untuk si pencuri gunakan.

4. BAWA LESEN MEMANDU DAN KAD PENGENALAN KAMU SAHAJA. Ia adalah satu-satunya pengenalan yang kamu perlukan. Dokumen lain dengan informasi sensitif seperti kad keselamatan sosial, sijil lahir ataupun pasport, patut disimpan di tempat selamat di rumah.

5. TAMBAHKAN SENTUHAN PERIBADI. Satu kajian mendapati bahawa gambar bayi mahupun haiwan peliharaan membuatkan orang lebih simpati untuk memulangkan dompet yang hilang. Jadi selitkan satu gambar di dalam.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert