Unik! Model Kulit Gelap Ini Berwajah Bak Patung Barbie - Page 2 of 8 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Unik! Model Kulit Gelap Ini Berwajah Bak Patung Barbie

Model kelahiran Australia, Duckie Thot menerima jolokan Black Barbie kerana wajahnya yang cantik dan sempurna bak patung mainan ikonik itu.

Tetapi tidak ramai tahu yang Duckie sebelum ini sering dibuli dan dia sendiri pernah merasakan keunikaannya seperti membawa sial dalam hidup. Bayangkan setiap hari dia menangis kerana sering disisihkan oleh rakan-rakan perempuan.

Duckie berkongsi cerita dimana ketika diawal kemunculannya dalam peragaan, model-model lain membulinya kerana kecantikannya. Kejadian itu menyebabkan Duckie putus asa dan berhenti seketika menjadi model, sebelum kembali dengan semangat baru!

Duckie yang dilahirkan di Selatan Sudan memang bercita-cita menjadi model sejak kecil lagi. Malah dia juga merupakan bekas peserta Australia’s Next Top Model musim ke -8 yang tersingkir sebelum episod final .

Sumber: Brightside.me
Foto: Instagram.com/duckieofficial

2 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness