Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Uluwatu, Bali – Bagaikan ‘Syurga’ Sebenar

Ketenangan dan kemewahan – Uluwatu merupakan salah satu syurga sebenar Bali. Tidak seperti Kuta dan Seminyak yang vibrant atau Ubud dan Canggu yang serendipity, Anantara Uluwatu Bali Resort is everything you need to experience in Bali.

 

Tanya mana-mana pelancong perihal Bali, pasti mereka tidak akan lupa memori mereka di Uluwatu. Apa jua kamu mahu alami boleh didapati di satu lokasi sahaja – selatan Bali. Daripada percutian romantis, honeymoon, location wedding, bachelor atau bachelorette party kepada surfing di the famous Impossible Beach atau mingle around dengan surfers dude di Single Fins – segalanya!

 

 

Setibanya Cosmo di ruang lobi Anantara Uluwatu Bali Resort, Cosmo sudah dapat rasakan aura kemewahan. Setiap sudut dekorasi serta seni bina resort bukan saja #instagramworthy tapi mampu buatkan kamu terasa bagai di syurga sebenar.

 

 

Sebaik saja Cosmo melangkah masuk ke dalam Ocean View Suite, Cosmo terkesima dan terpegun kaku melihat permandangan daripada balkoni peribadi. Extraordinary cliffside with the famous Impossible Beach right in front of us! Terus Cosmo gunakan private elevator access untuk turun ke lokasi surfing paling terkenal di dunia. But we still need more beach time, jadi Cosmo pun pergi ke Padang Padang Beach (lokasi penggambaran filem Eat, Pray, Love) yang terletak hanya 10 minit daripada resort.

 

 

Selepas penat, Cosmo manjakan diri di Anantara Spa dengan urutan tradisional Bali selama 60 minit. World-class spa, urutan daripada pakar buatkan Cosmo terlena seketika. Very rejuvenate and refreshing. Magis Uluwatu pasti akan bersama kamu setelah kamu menginap di Anantara Uluwatu Bali Resort.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert