Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ultimate Comfort Food Untuk Kamu Nikmati

Kamu pasti penggemar makanan enak dan kalau boleh nak feels like home bila menikmati comfort food. Ketepikan diet sekejap, sebaliknya nikmati setiap suapan. Jom ikut Cosmo ke restoran yang menawarkan comfort food, lepas ni bolehlah kamu kunjungi lepas pulang kerja!

SUKASUCRE BISTRO

81, Jalan 2/90, Wisma RYU, Taman Pertama, KL.

Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam

Suasana dalam bistro ini cukup cozy dan selesa. Sesuai untuk kamu yang mencari sajian comfort food. Lagi best, harganya cukup berpatutan. Cosmo sudah cuba menu Toasted Éclair daging salai bersama honey mustard. Siapa sangka dessert éclair boleh digabung bersama daging salai selain coklat. Sedapnya tak terkata. Setiap gigitan daging masih terasa. Bahagian tepi daging yang garing dan éclair tak lembik. Bagi penggemar pasta, kamu boleh cuba pasta daging salai lemak cili api. Semua tahu yang tuan punya SukaSucre Bistro adalah Datuk Fazley yang berasal dari Negeri Sembilan. So, Cosmo jamin gravy pasta ini enak sekali. Walaupun agak pedas, tapi rasa lemak cili api ni memang umphh! Tak kurang juga dengan pemanis mulut di sini, Cosmo suka pavlova! Not your ordinary pavlova okay. Meringue sedap dan manis sikit, jadi kamu kena makan dengan sos strawberi dan mangga juga buah-buahan lain untuk seimbangkan rasanya.

 

FRANCO

Avenue K, Jalan Ampang, KL.

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

Jika mahu kelainan dalam comfort food, apa kata kamu cuba restoran Franco kerana menunya berkonsepkan Japanese French. Cosmo dihidangkan dengan Chicken Teriyaki Pasta. Rasa ayam yang dimasak dengan sos teriyaki sesuai untuk kamu yang gemarkan rasa manis. Squid Ink Rice with Assorted Seafood & Omu Egg adalah kombinasi menarik dan serasi. Nasi yang dimasak bersama dakwat sotong digabung bersama  omelette dan dihiasi bersama cendawan butang. Jika kamu penggemar udang karang, digalakkan untuk order Lobster Bisque Pasta. Bahan yang digunakan untuk sajian ini adalah seperti bawang putih, tomato, keju, udang karang dan garam. Selesai dengan main course, Cosmo cuba Vanilla Soufflé. Ringan dan tak muak. Marvellous!

 

TAFT

R-05-01, First Floor, M-CITY, 326, Jalan Ampang, KL.

Waktu Operasi: 1130am-10pm, Selasa hingga Ahad.

Menggunakan minyak cili buatan sendiri, kamu boleh menikmati hidangan yang disukai mengikut tahap kepedasan kamu. Hidangan signature di sini adalah pasta dakwat hitam sotong, fettuccine dalam sos krim, pesto udang  dan  pan-grilled oregano lamb. Kebanyakan hidangan disediakan dalam tiga tahap pedas iaitu tidak begitu pedas, agak pedas dan  pedas berapi. Set makanan seperti masak lemak tempoyak dan masak asam pedas tenggiri juga disediakan. Memang rugi jika kamu tak cuba.

 

Foto: Shutterstock.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist