
Ulang Tahun Pertama Stormi Webster, Kylie Jenner Berhabis Ratusan Ribu Dolar!
Baru-baru ini, Kylie Jenner dan Travis Scott menyambut ulang tahun anak sulung mereka, Stormi Webster yang berusia satu tahun dengan mengadakan sebuah parti dengan hanya menjemput keluarga terdekat, lengkap dengan belon-belon dan kek hari jadi.

Kylie berkata parti yang dirancangnya sebelum ini tidak menjadi, tetapi parti yang dia anjurkan untuk hari jadi pertama Stormi ini cukup EXTRA khas untuk Stormi!
Tema untuk parti tersebut adalah Stormiworld (satu lagu di album Travis) dan parti ini kelihatan sangat HEBAT.