Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Tiga Jenis Sahabat Ini

Kamu mahu jadi seorang yang baru dan lakukan perubahan. Tapi bagaimana jika teman kamu menghalang transformasi tersebut? Adakah kamu perlu ucapkan selamat tinggal kepadanya? Hmm...

Foto: Shutterstock.com

Cosmo faham bukannya mudah untuk kamu tinggalkan teman yang selama ini membesar, susah dan senang bersama kamu. Tapi jika kamu dambakan perubahan dan mereka mungkin salah satu punca yang membantut kan keinginanmu selama ini, mungkin sudah tiba masa untuk kamu pertimbangkan semula persahabatan itu. Surround yourself with people who are better than you and you will become better yourself. Jadi apa yang kamu perlu lakukan? Klik, klik, klik!

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

3) BAHAGIA DENGAN DERITAMU

Oh, yang ini sangat bahaya! Kamu pasti pernah dengar teman bukan untuk berkongsi kegembiraan saja tapi pelbagai emosi lain. Tapi jika dia dalam diam bergembira dengan derita yang kamu alami, persahabatan itu tidak layak untuk kamu simpan. It may be subtle, tapi pertimbangkan perkara ini. Jika kamu mengadu masalah dengan teman dan penyelesaian yang diberikan kepada kamu adalah sesuatu yang negatif dan bakal memburukkan lagi keadaan, ini bermakna dia sedang  merancang untuk menghancurkan lagi kehidupanmu. Bijak dan licik! Dek kerana pada ketika itu kamu tidak boleh berfikir dengan jelas, dia cuba mengambil kesempatan untuk ‘racun’ fikiranmu dengan perkara-perkara negatif. Kamu pula mempercayainya 100 peratus dan mengambil nasihatnya sebagai penyelesaian. Hanya selepas keadaan menjadi lebih buruk, kamu sedar bahawa kamu tidak seharusnya lakukan perkara tersebut dan dia pula bermain ‘wayang’ di depanmu seolah-olah simpati dengan situasi kamu. Hmm… Tunggu apa lagi? Terus ‘angkat kaki’ dan jangan sesekali menoleh ke belakang.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert