Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Tiga Jenis Sahabat Ini

Kamu mahu jadi seorang yang baru dan lakukan perubahan. Tapi bagaimana jika teman kamu menghalang transformasi tersebut? Adakah kamu perlu ucapkan selamat tinggal kepadanya? Hmm...

Foto: Shutterstock.com

Cosmo faham bukannya mudah untuk kamu tinggalkan teman yang selama ini membesar, susah dan senang bersama kamu. Tapi jika kamu dambakan perubahan dan mereka mungkin salah satu punca yang membantut kan keinginanmu selama ini, mungkin sudah tiba masa untuk kamu pertimbangkan semula persahabatan itu. Surround yourself with people who are better than you and you will become better yourself. Jadi apa yang kamu perlu lakukan? Klik, klik, klik!

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

2) SINGKIR SI NEGATIF

Pernah terfikir mengapa sukar untuk seseorang berhenti daripada tabiat buruk (seperti merokok atau mengambil minuman beralkohol) walaupun ia tidak baik untuk diri sendiri? Ini kerana ia bukan saja boleh menjadikan kamu relaks malah mampu membuat kamu rasa seperti ia satu keperluan dan kebiasaan. Begitu juga dengan teman-temanmu. Mereka buatkan kamu terasa seperti mereka satu-satunya teman yang boleh buat kamu gembira. Apa yang lebih buruk apabila mereka bukan saja tidak menyokong kamu untuk lakukan perubahan malah semakin menggalakkan diri kamu untuk terus hanyut. Contoh, kamu mahu kurangkan atau berhenti berparti dan fokus pada kerjaya, tapi mereka semakin menggalakkan kamu untuk terus kekal dalam party scene. Jadi bagaimana untuk kikis ‘tabiat buruk’ ini? Jika merokok, cari alternatif lain seperti mengambil gula-gula getah nikotin untuk hilangkannya. Alternatif lain untuk teman negatif pula adalah mencari teman yang positif, semudah itu!

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert