Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tyra Banks Mengaku Pernah Lakukan Pembedahan Plastik

Tyra Banks mengaku pernah melakukan pembedahan hidung di awal kerjayanya sebagai model. 

Tyra Banks mempunyai isu dengan orang yang berfikir bahawa kecantikan supermodel boleh diperolehi hanya dengan meminum air putih dan dapatkan tidur yang cukup. Dan baru-baru ini, dia mengakui di awal kerjaya modelingnya, dia pernah melakukan pembedahan plastik.

"Saya mempunyai tulang di dalam hidung yang membesar dan gatal," katanya kepada People. "Saya boleh bernafas dengan elok, tetapi saya tetap lakukan pembedahan plastik. Saya mengaku! Rambut palsu, dan saya buat hidung saya. Saya rasa bertanggungjawab untuk bercakap benar." Dia berkata dia masih belum melakukan "age stuff" lagi, dan tidak menghakimi orang yang melakukannya. "Fix it or flaunt it, saya rasa wanita mampu lakukan kedua-duanya," katanya.

Pada tahun 2011, Tyra memberitahu Piers Morgan dia terbuka untuk pembedahan plastik "apabila tiba masanya," dan tahu tentang khabar angin yang mengatakan dia melakukan implan payudara. "Ia merupakan khabar angin yang sangat besar dan saya tak salahkan kamu," katanya. "Saya mengaku yang ia kelihatan palsu, tetapi ia tidak. Dan ibu saya berkata, 'Mereka tidak tahu yang kamu memang busty."

10 of 10Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for tyra banks 2018

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker