Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Turun 9kg Dalam 30 hari

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selepas HCG, metabolisme tubuh akan meningkat. Inilah masanya kamu mula bersenam , tubuh juga lebih ringan. Kamu juga lebih bijak memilih kualiti makanan dan jika kamu terasa perlu lakukan diet 500 kalori pun kamu mampu lakukannya tanpa masalah.

Jujur saya tidaklah begitu rajin bersenam. Setelah tamat program HCG saya turun 1kg lagi dan sehingga hari ini masih dapat mengekalkan berat yang sama (sudah lebih tiga bulan). Ada hari naik beberapa puluh gram, ada hari ia turun semula. Saya makan nasi dan roti tetapi tidak setiap hari. Saya berhenti mengambil gula dengan sengaja, so no more 3-in-1 coffee for me, tiada lagi minuman berkarbonat (sekali-sekala minum Coke Zero atau Pepsi Black bila teringin). Saya lebih peka dengan apa yang saya makan. Saya tahu banyak lagi yang perlu saya perbaiki contohnya perlu minum air lebih banyak, eat more fruits and veges dan saya akan berusaha. Walaupun ada bantuan HCG, 30 hari yang saya lalui langsung tidak mudah. Tidak keluar bersama teman-teman kerana tak boleh makan, makan tengahari di meja kerja dengan bekalan yang dibawa dari rumah, tetap perlu memasak normal food untuk keluarga tetapi tidak boleh menikmatinya. Jika ada majlis, saya lari jauh-jauh daripada meja makan! Tetapi semua itu berbaloi. Saya pernah berdoa ketika melalukan Umrah saya mahu turunkan berat badan 10kg! I have another kilo to go and I hope I get there. Bukan kerana ingin cantik, bukan ingin menunjuk-nunjuk atau tertekan dengan pendapat orang lain tetapi untuk diri sendiri. Saya rasa lebih sihat, saya rasa saya menjaga diri saya dengan lebih baik sekarang dan saya mahu terus begitu.

HCG hanyalah salah satu cara yang kamu boleh explore. Setengah orang jiwa dan mindanya lebih kental dan mampu lakukan perubahan dengan diet dan bersenam. But if you’re looking for options this is one of it. Kamu boleh ketahui lebih lanjut tentang HCG di laman web nexus-clinic.com. Saya hanya ceritakan pengalaman peribadi, keterangan lebih saintifik ada di laman web mereka.

Ada kalanya saya tak percaya saya lakukan HCG. Saya tak tahu saya sekuat itu. Betullah orang kata, you’ll never know until you try it. Adakah saya akan lakukannya lagi? Harap-harapnya tak perlulah.

 

Kesan HCG adalah menyeluruh tapi saya kongsi wajah sebelum dan selepas sudahlah ya!

 

Foto: INGimage/Nana Ghazali

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru