Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Turun 9kg Dalam 30 hari

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fasa ke-3

Selepas 30 hari (walaupun dipujuk Dr Jasmine untuk meneruskan hingga 40 hari – tempoh maksimum) saya mulakan fasa maintenance. Saya tidak perlu lagi mengambil suntikan HCG dan tambah pengambilan makanan kepada 1,000 kalori sehari. Saya masih tidak boleh ambil carbs, gula, dairy dan kacang tetapi sudah boleh memperkenalkan minyak sedikit demi sedikit. Saya juga dibenarkan untuk mencampur protein dan sayuran. Yasss!! Hidup menjadi lebih indah. Tapi sebenarnya nak sampaikan 1,000 kalori pun mencabar kerana dah biasa dengan 500 kalori.

Menurut Dr Douglas, fasa ke-3 ini sangat penting untuk kamu ikut dengan disiplin. “Sesetengah orang sudah gembira dengan hasil daripada fasa ke-2, mereka tidak terlalu mengikut diet dengan betul. Maintenance phase ini penting kerana ia menentukan berapa lama kamu mampu kekalkan berat badan yang kamu capai waktu itu dengan memberi masa dalam dua minggu untuk tubuh adapt kepada keadaan baru ini. Tubuh mengambil masa dalam 21-23 hari untuk berubah mengikut cara kamu makan. Tetapi jika saya beri kamu makanan berkanji sekarang ini, dengan mudahnya kamu boleh kembali ke tabiat makan dahulu dan tambah berat badan. Kerana itu maintenance phase ini perlu. Lagipun kamu mula menambah kalori dan penurunan berat badan lebih lambat berbanding fasa ke-2 jadi jangan mengalah,” nasihatnya.

Katanya kalau nak cheat sekalipun, cheat dengan makanan yang betul. Contohnya kalau pergi kenduri, kalau dah terliur sangat, jamahlah sedikit rendang dan lauk pauk lain daripada kamu ambil nasi. Cubalah elakkan carbs dan gula kerana ia dianggap ‘beracun’ untuk program HCG.

Sesetangah orang takut tubuh tiada tenaga kerana tidak ambil karbohidrat terlalu lama tetapi menurut Dr Douglas ia tidak memudaratkan asalkan kamu ada protein dan serat serta lemak yang tersimpan untuk dibakar. Malah, kerana kamu mengamalkan diet kalori rendahlah, tubuh dapat membakar lemak yang tersimpan itu dan kamu berjaya turunkan berat badan. Kerana itu juga bila kamu bersenam tetapi tidak kawal makanan, tubuh hanya membakar apa yang kamu tambah tetapi tidak yang tersimpan itu. Kalau tak cukup bersenam, malah ia tambah simpanan pula.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru