Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Turun 9kg Dalam 30 hari

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fasa Pertama

Ada tiga fasa semuanya. Fasa pertama dipanggil Loading Phase iaitu makan makanan yang tinggi lemak, tinggi kalori untuk dua hari pertama. Makanlah apa yang kamu mahu sepuas-puasnya selama dua hari itu. Dan atas sebab itu juga saya berjaya tambah 2kg … Apakah? Okey tak mengapa, lain orang lain efeknya jadi jangan takut sangat ya?

Fasa Ke-2

Inilah waktunya kamu turunkan berat badan. Teruskan dengan suntikan HCG setiap pagi (percayalah ia tidak sengeri yang kamu bayangkan. Jarumnya halus sangat, tak rasa pun!) dan juga diet 500 kalori. Untuk memudahkan kerja, saya timbang siap-siap ayam dan daging, marinade, bungkus dan simpan dalam freezer. Saya akan masak hidangan siang dan malam sekali gus kecuali sayur. Sayur perlu fresh! Walaupun kamu tak boleh guna sos, kicap, serbuk perasa etc, kamu masih boleh gunakan garam, herbs dan rempah untuk jadikan makanan sedap. Lemon juga membantu. Banyak resepi HCG, kamu cuma perlu Google sahaja tapi pastikan ia seperti yang disarankan doktor kerana ada banyak versi HCG di luar sana. Namun apa yang paling mencabar dalam fasa ke-2 ini ialah mempelbagaikan makanan. Jujur lepas seminggu saya dah muak dengan dada ayam (muak sampai sekarang!) jadi saya berubah cari ikan pula. I can never get tired of red meat tapi tak bolehlah makan selalu. Walaupun membosankan, makanan ini agak mengenyangkan. 100 gram sayur itu banyak ya, seperti hidangan satu keluarga. Jika lapar, kamu boleh makan buah. Agak-agaklah. Kalau dah makan separuh epal untuk snek, separuh lagi simpan untuk makan malam. Kalau kamu makan sebiji epal untuk snek, malam nanti tiadalah epal untuk kamu lagi.

 

Protein yang ditimbang adakalanya terlebih sedikit atau terkurang daripada 100g

 

Kesan HCG dan diet kalori ultra rendah boleh kamu lihat dalam beberapa hari.Keadaan separa kelaparan membolehkan tubuh membakar lemak dan juga menggunakan lebih banyak kalori. Penurunan berat badan dan perubahan kepada tubuh berlaku dalam beberapa hari dan terus berlaku selagi diet dipelihara. Kamu akan melihat penurunan berat badan hampir setiap hari dalam fasa ini. Jika sehari dua berat tak turun, kamu boleh cuba apples day. Bermakna kamu hanya makan enam biji epal untuk 24 jam. Saya cuba juga apples day… Hanya tiga biji epal sahaja yang lalu dijamah.

 

Beberapa menu yang saya sediakan ketika Phase 2 HCG – grilled, soup atau pan-fried tanpa minyak.

 

Secara peribadi, fasa ke-2  tidak terlalu menduga dari segi lapar. Memang tiada selera untuk makan dan kamu juga akan bosan dengan makanan yang kamu makan BUT you have to eat! Kamu juga perlu minum sekurang-kurangnya tiga liter air setiap hari untuk melancarkan lagi penurunan berat badan. Apa yang agak mencabar ialah kurang tenaga. Saya tak boleh lakukan aktiviti berlebihan kerana terasa lesu dan ini normal. Doktor tidak menggalakkan kamu bersenam jika tidak biasa. Kata Doktor Douglas, “you are already eating very little, bila terlebih bersenam, tubuh kamu akan terlebih membakar dan akan juga buat kamu rasa mahu makan lebih dan ketika itulah ramai yang tersasar.”

Saya juga perasan dalam fasa ke-2, perkara yang saya runsingkan, migraine bila lambat makan atau tak cukup makan, langsung tak ada! I was migraine-free selama-lama saya lakukan HCG diet ini!

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru