Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Turun 9kg Dalam 30 hari

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apa Itu HCG?

HCG adalah sejenis hormon yang ada dalam tubuh wanita ketika awal kehamilan. It’s a pregnancy hormone. Menurut Dr Jasmine ia adalah hormon yang sama digunakan untuk perawatan IVF tetapi dalam jumlah yang sangat-sangat kecil dan ditemui sejak 1950-an dapat membantu menurunkan berat badan. Saya terfikir akan teman-teman yang ketika mengandung lebih kurus daripada sebelumnya. Mungkin hormon itu agaknya. Bagaimana nak ambil hormon HCG? Saya perlu cucuk pada bahagian perut setiap hari. Tetapi bukan itu sahaja, saya juga perlu mengamalkan diet rendah kalori… Sangat rendah, 500 kalori sehari sahaja.

 

Gambar hiasan: Beginilah rutin harian dengan HCG

 

Adakah saya mula diet HCG hari itu? Of course not! Haha… Dengar jarum terus cuak, dengar 500 kalori rasa nak menangis. Walaupun Dr Jasmine menjelaskan dengan teliti akan keberkesanannya, berkongsi testimoni, fakta dan keselamatan, saya rasa saya perlu fikir lebih mendalam tentang ini. 500 kalori itu saya fikir agak mencabar untuk saya yang confirm migraine kalau lambat makan, tak cukup makan. 500 kalori itu adalah tanpa karbohidrat, tanpa gula, tanpa minyak, no dairy, no nuts. Setiap hari hanya makan satu jenis protein iaitu dada ayam, isi ikan putih (ikan yang berminyak seperti tuna, sardin, salmon dan seangkatannya sila jangan sentuh), daging tanpa lemak, udang atau ketam. Satu jenis sayur sahaja setiap hidangan yang tidak mengandungi karbohidrat – sayur kegemaran saya brokoli, lobak merah antaranya tidak boleh! Apa lagi kentang. Oh! My fries! Satu jenis buah sahaja tidak termasuk semua buah-buahan tempatan yang kandungan gulanya lebih tinggi. Buah yang paling ideal adalah epal hijau. Ketiga-tiga jenis makanan ini perlu ditimbang dahulu sebelum dimasak/dimakan, semuanya tidak melebihi 100 gram sebelum masak. Apa??? Tak ada nasi? Roti?

Dua minggu saya berperang dengan emosi mahu lakukannya atau tidak. Saya minta pendapat teman-teman dan juga saudara, ada yang menyokong, ada yang tidak. Ternyata saya ini dramanya lebih… haha.

Akhirnya setelah dicongak-congak tarikh, I decided to give it a go. I had to do something dan saya perlu kawalan supaya tidak terjatuh ‘rel keretapi’. Bermulalah perjalanan HCG saya Februari lalu. Dr Jasmine memberi amaran jangan menipu, jangan tersasar dan sentiasa ikut program dengan tepat. Saya pulang hari itu dengan tujuh suntikan bekalan seminggu, supplements untuk kawal selera dan minuman detoks yang hanya boleh didapatkan di Nexus Clinic. Setiap minggu selama 30 hari saya akan ke klinik untuk mendapatkan bekalan HCG dan juga rundingan doktor. Staff klinik juga akan WhatsApp sekali-sekala untuk bertanya khabar (sebenarnya mereka nak pastikan saya tak cheat!).

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru