Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Turun 9kg Dalam 30 hari

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ramai orang berperang dengan masalah berat badan, kami di Cosmo tak terkecuali… Senior Beauty Editor, Nana Ghazali berkongsi perjalanannya dengan diet HCG.

Kepada wanita (dan juga lelaki) di luar sana yang masih berperang dengan masalah berat badan, mungkin pengalaman saya dapat memberi inspirasi. When it comes to your body dan berat badan, ia bukan sekadar fizikal tetapi juga mental, kan? Saya bukanlah terlalu overweight (or so I thought) dan zaman muda-muda dulu (sekarang muda di jiwa :)) saya agak lasak, suka aktiviti luar sehinggalah sampai satu tahap bila sudah beranak tiga dan juga meningkat usia, and you have less time untuk semua itu. Kurang masa untuk ‘berjimba’, tidak berapa punya masa untuk diri sendiri dan hidup menjadi rutin – pagi hantar anak sekolah, pergi kerja, balik jadi ‘Grab’ anak-anak ke tuition etc. Dinner? Apa yang sempat saja (selalunya mee segera). Dan selesai semua itu, tidur adalah aktiviti yang paling didambakan.

Saya tak berapa peduli dengan pendapat orang… “Kau makin bulat ek?” “Did you put on weight?” Komen-komen daripada keluarga dan teman-teman tak berapa menusuk jiwa. Selagi saya rasa saya okey, okeylah! Sihat, baju masih muat, saya tak peduli untuk lalukan apa-apa. Sekali-sekala cuba juga diet tapi tak pernah menjadi (sebab langsung tak komited!), until one day I cried looking at myself in the mirror. I know I have not been taking care of myself dan sebagai seorang yang suka kritik diri sendiri, bila melihat wajah saya nampak berat, lines were more obvious, eyelids heavy, pilihan baju semakin terhad… apa lagi? Saya sedar saya mula jadi malas untuk lakukan apa-apa, I don’t feel healthy, sering migrain and I wasn’t happy.

Thanks to my job, I end up at Nexus Clinic di suatu hari yang indah Januari lalu. Saya ke sana untuk media review BTL Exilis Ultra 360, perawatan membakar lemak, menganjal  yang saya harapkan dapat membantu dengan masalah saya. Kononnya nak cuba di bahagian perut tetapi kecewa. Dr Jasmine yang sudah saya kenal sebelum ini kata kepada saya, “Nana, I will not lie to you, you will not go home satisfied with the result if you choose to do it on your stomach today.” Bukan kerana perawatan itu tidak berkesan tetapi kerana dengan hanya satu sesi, dan keadaan tubuh saya ketika itu, kesannya tidak akan memuaskan. “You won’t be seeing much difference, if that is what you’re hoping for,” jelasnya. Saya hargai kejujuran doktor ketika itu walaupun dalam hati saya kecewa. Tapi saya tidak ‘direject’ begitu sahaja. Dr Jasmine memberi peluang kepada saya untuk melakukan sesuatu… “Why don’t you try our weight loss program?” Jeng! Jeng! Pada hari itu saya diperkenalkan kepada HCG.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru