Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tunjuk sokongan terhadap Trump, Chris Evans kritik tindakan Kanye West

Tunjuk Sokongan Terhadap Trump, Chris Evans Kritik Tindakan Kanye West

Kamu team siapa? Team Captain America atau pun team West?

Tunjuk sokongan terhadap Trump, Chris Evans kritik tindakan Kanye West

Jika kamu mengikuti twitter Chris Evans pelakon yang popular dengan watak super hero, Captain America, dia memang agak lantang menyuarakan pendapatnya terhadap presiden USA, Donald Trump.

Baru-baru ini, Kanye telah mengeluarkan tweet yang menunjukkan sokongan terhadap Donald Trump, dan kali ini motifnya adalah untuk untuk menghapuskan 13th amendment. Yang bermaksud ingin menghapuskan perhambaan. “Ini melambangkan kebaikan dan Amerika bersatu kembali,” tulis Kanye. “Kita tidak akan mengambil perkhidmatan daripada negara lain. Kita bina kilang di Amerika dan mewujudkan pekerjaan. Kita akan memberi pekerjaan kepada semua yang dibebaskan daripada penjara jika kita memansuhkan 13th amendment. Message sent with love.” 

Selepas menerima kecaman, Kanye menjelaskan : “the 13th Amendment is slavery in disguise meaning it never ended we are the solution that heals”). Ekoran tweet tersebut, pelakon Chris Evans mengkritik kenyataan Kanye.  “Tidak ada yang lebih menyakitkan selain daripada berdebat dengan seseorang yang tidak mengetahui sejarah, tidak membaca buku, dan merasakan pendapatnya sangat bernas.

“The level of unapologetic conjecture I’ve encountered lately isn’t just frustrating, it’s retrogressive, unprecedented and absolutely terrifying.” – Chris Evans

Kanye kemudian mengeluarkan pendapat yang aktiviti penghambaan tidak patut dihapuskan sebaliknya diubah konsep. Komuniti kulit gelap berasa terhina dan kesal dengan kenytaan Kanye yang sepatutnya memperjuangkan haknya sebagai bangsa kulit gelap. Kanye dilaporkan bakal menjelaskan isu itu lebih lanjut pada temu ramah bersama portal TMZ tidak lama lagi.

 

 

Artikel  asal: Mehera Bonner (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker