Trivia Menarik Mengenai Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Trivia Menarik Mengenai Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah

Seluruh Malaysia digemparkan dengan pengunduran diri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke 15 negara lebih awal daripada tempoh sebenar. Pengunduran Baginda mencipta sejarah dalam perlembagaan diraja apabila menjadi Sultan pertama yang mengundurkan diri.

Rakyat Malaysia kemudian berteka-teki, Sultan manakah yang bakal menggantikan tempat baginda. Menerusi laman sosial, netizen mengandaikan Sultan seterusnya yang ditabalkan sebagai Agong ialah diantara Sultan Pahang - Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor - Sultan Ibrahim Iskandar, dan Sultan Perak - Sultan Nazrin Muizzudin Shah.

Jika diikutkan kepada susunan turutan perlantikan Agong, Sultan Pahang adalah yang seterusnya diikuti Sultan Johor dan kemudian Sultan Perak. Bagaimanapun menerusi laporan Astro Awani hari ini (7 Januari 2019), Mesyuarat Majlis Raja-Raja memutuskan supaya Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dilantik sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong.

Keputusan itu dicapai susulan mesyuarat yang dihadiri enam daripada sembilan Sultan di Istana Negara. Sultan-sultan yang hadir mesyuarat lebih satu jam itu ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah; dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Shah.

Pada mesyuarat tersebut, keenam-enam Sultan turut menetapkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas majlis memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16. Bagaimanapun, sumber memaklumkan butiran lanjut berkenaan mesyuarat hari ini akan dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Sumber: Astro Awani.

Cosmo senaraikan fakta dan trivia mengenai Sultan Perak, Sultan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (Sumber fakta: Wikipedia)
2 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse
FOTO: ASTRO AWANI

Baginda dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada 14 Oktober 2016. Bagaimanapun selepas pengunduran Sultan Muhammad V pada 6 Januari 2019, Baginda kini bertindak sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness