Trik Tampil Yakin Ketika Pembentangan - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
businesswoman

Trik Tampil Yakin Ketika Pembentangan

Ini kali pertama kamu diminta membuat pembentangan dalam mesyuarat di pejabat? Jangan gemuruh, tip mudah ini boleh bantu kamu jadi lebih yakin dalam masa singkat.

businesswoman

 

Cari Maklumat Sebanyak  Yang Boleh

Lebih banyak kamu tahu tentang topik yang ingin dipersembahkan, lebih tinggilah keyakinan yang bakal wujud dalam diri kamu. Jadi buat homework, kaji perkara yang ingin dibincangkan secara menyeluruh dan kumpul sebanyak maklumat yang boleh. Pastikan kamu faham mengenai semuanya agar tak terkulat-kulat bila ditanya nanti.

 

Be Organised

Presentation kamu mestilah jelas – dari segi pendahuluan, isi penting hinggalah ke rumusan. Kalau boleh gunakan PowerPoint atau handouts agar pendengar mudah nak faham apa yang kamu katakan. Pastikan maklumat yang kamu jelaskan adalah ringkas dan mudah difahami. Sebaiknya buat pembentangan dalam bentuk points dan kamu boleh panjangkan isi penting ketika membuat penjelasan nanti.

 

Berlatih dan Berlatih

Practice makes perfect! Jangan malu untuk berlakon membuat pembentangan depan cermin sebaiknya beberapa hari sebelum (bukan last minute kerana ia boleh buatkan kamu jadi lebih gemuruh!), jadi kamu boleh tahu gerak bahasa tubuh yang sesuai bila membuat presentation di pejabat nanti. Kamu juga boleh berlatih depan kawan-kawan dan minta mereka berikan komen sama ada positif mahupun negatif supaya kamu boleh tingkatkan mutu persembahan kamu nanti. Jika kamu ada buat kesilapan sekalipun sewaktu mesyuarat nanti, relaks saja kerana mungkin tak ada siapa yang perasan. Apa yang penting, kamu enjoy dan nikmati saat itu.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor