Trik Di Dapur Kamu Mesti Tahu
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Trik Di Dapur Kamu Mesti Tahu

Dalam banyak-banyak petua, ini antara yang paling mudah dan patut kamu amalkan. Trik di dapur ini pasti akan memudahkan hidupmu!

 

34459544 - the girl in the hands of a rolling pin, it is in the kitchen.

 

1. Penutup makanan kreatif

Berfungsi sebagai penyelamat rambut daripada basah sewaktu mandi, shower cap juga boleh dijadikan penutup makanan untuk elak lalat atau serangga lain daripada hinggap. Boleh digunakan berkali-kali dan lebih mudah daripada menggunakan pembalut plastik atau aluminium. Ia juga akan memastikan kekal segar dan tidak kering bila disimpan di dalam peti ais.

 

2. Nak tahu telur masih elok atau tidak

Letakkan telur ke dalam air sejuk perlahan-lahan. Jika ia tenggelam bermakna ia masih lagi bagus, jika ia timbul bermakna ia sudah rosak. Bila dah terlalu lama, cecair dalam telur akan meruap ke luar menerusi kulitnya, jadi ada buih gas di dalamnya. Buang sajalah jika kamu rasa kamu sudah simpannya terlalu lama di rak.

 

3. Kupas kulit bawang putih dengan mudah

Keluarkan satu persatu dan ketuk setiap ulas dengan sisi pisau besar. Kulitnya akan terus tercabut.

 

4. Agar tangan tak pijar bila terpegang biji cili

Pegang tangkai cili merah, potong sisi ke sisi tanpa perlu terkena bahagian tengahnya yang berbiji.

 

5. Elak gula perang bergumpal

Ia akan kekal lembut dan mudah disenduk bila kamu masukkan kulit oren atau sepotong epal di dalam bekas plastik yang ditutup kedap. Kalau dah bergumpal, masukkan gula perang ke dalam ketuhar bersama segelas kecil air. Kelembapan dalam ketuhar akan bantu meleraikan gula berkenaan.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor