Travel Thai: 10 Perkara Menarik Kena Buat - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Travel Thai: 10 Perkara Menarik Kena Buat

Ketika kamu sibuk Google apa yang perlu dilakukan sepanjang bercuti di Thailand, bacalah artikel ini. Cosmo sediakan 10 perkara menarik kamu kena buat sepanjang berada di sana. Rugi kalau tak buat.

36071262 - a young woman wearing a hat is walking in the streets of an asian country

Di Bangkok:

1. Naik bot panjang menyusuri sungai Chao Phraya pada waktu senja. Sementara masih ada cahaya matahari (walaupun dah samar), kamu boleh menikmati pemandangan sungai utama di Bangkok ini. Dapatkan a gist of their life daripada belakang rumah mereka – anak-anak Thai mandi sungai, orang lelaki memancing, makcik tua sedang siang ikan sebagai persiapan untuk makan malam dan pemilik butik memberi makan kepada ratusan ikan keli.
Nota kaki: Dilarang memukat ikan di sini, sekadar memancing biasa tak mengapa kerana ikan di sini dilepaskan oleh sami dari kuil yang terletak di sepanjang sungai ini, jadi ia dianggap suci.

2. Nikmati pemandangan matahari terbenam dari hotel butik Sala Rattanakosin. Naik ke tingkat paling atas untuk merakam detik matahari terbenam, dengan bayangan Wat Arun. Sungguh indah dan mengagumkan apatah lagi sambil menghirup moktel menyegarkan. Kemudian, makan malam di restorannya di tingkat bawah yang menghidangkan pilihan masakan Thai asli, berlatarbelakangkan keindahan sungai Chao Phraya.

3. Lihat pemandangan malam kota Bangkok dari Red Sky, tingkat 55 di Central World. Jangan lupa bawa kamera gempak untuk rakam kerlipan lampu dari bangunan berdekatan dan kenderaan yang menyusuri jalan raya dan sungai Chao Phraya.

4. Cuba pelbagai menu di Greyhound Café yang terletak di pusat beli-belah Central World. Cosmo jamin kamu akan suka hidangan Thai fusion yang lazat ini. Mesti cuba – soft shell crab salad, sashimi salmon dengan sos pedas dan pad Thai. Untuk dessert, cuba pulut santan dengan mangga yang dihidangkan bersama aiskrim vanila.

 

Di Chiang Mai: 

1. Makan malam di restoran Italia di Hotel Sala Lanna. Cuba Formaggi Misti Per Due (papan dengan pelbagai keju) dimakan dengan walnut dan roti kismis. Juga seleksi piza vegetarian yang mengenyangkan. Untuk lebih ‘feeling’, pilih meja di luar yang menghadap Sungai Ping, indah!

2. Tak sah ke Thailand tanpa mengurut badan, harganya amatlah murah – serendah RM15 untuk urutan kaki selama satu jam.

3. Kalau kamu rasa Chiangmai bandar tradisional, think again! Ia kaya budaya dan religious tetapi di sini kafe hipster semakin bercambah. Jom ke Salad Concept, di mana kamu boleh ‘reka’ salad sendiri dan saiznya ‘wow’! Kalau suka sesuatu yang lebih authentic, makan di Tamarind Village, hidangan fusion utara Thailand.

4. Lawat sekurang-kurangnya satu kuil terkenal di Chiangmai. Wat Phra That Doi Suthep antara yang menjadi simbol kepada daerah utara Thai ini. Kena berpakaian sopan ya.

5. Inginkan percutian mewah? Tidur di Hotel Dhara Devi Chiangmai, resort lima bintang di tengah bandar. Kamu takkan jemu ‘memetik’ kamera kerana setiap sudut hotel ini begitu menawan.

6. Untuk cenderahati yang tak menipiskan dompet, jelajah pasar malam Sabtu dan Ahad. Beli souvenir serendah harga RM1 dan jangan malu menawar harga.

 

Foto: 123rf.com

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist