Travel Ala Cosmo! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Travel Ala Cosmo!

Lupakan seketika kerja yang menimbun di pejabat. Sama ada ke pantai mahupun sekadar minum kopi di kota paling romantis di dunia, inilah masanya untuk kamu dan teman-teman bersantai sambil bergembira!

 

Johor
Jika kamu jenis ‘beach bum’ dan hanya boleh bercuti pendek, pack your bikini dan pergilah ke Pulau Rawa, Johor. Dikelilingi lautan membiru dan pasir putih lembut bak sutera, pulau ini mesti kamu kunjungi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup! Antara resort yang boleh kamu cuba adalah Alang’s Rawa dan Rawa Island Resort. Jika ke Alang, jangan lupa cuba resipi udang istimewanya.

New Zealand

Jika dah lama tak ke mana-mana, apa kata be adventurous dan terbang ke New Zealand! Selain melihat pemandangan hebat, kamu dan BFF harus cuba aktiviti ekstrem seperti bungee jumping! Nak lebih menarik, sewa karavan dan pandu ke kawasan pergunungan Aspiring National Park. Sambil minum kopi panas, jamu mata dengan keindahan alam.

Jakarta

Biarpun Jakarta terkenal dengan kesibukannya, bandar ini masih mempunyai ‘jiwa’. Jika selalunya kamu ke sini hanya untuk shopping, apa kata kali ini cuba sesuatu yang lain. Ajak teman-teman untuk sarapan pagi di Monolog, Plaza Senayan. Dekorasi moden dan hidangan lazat pasti menunggu kamu di situ. Untuk suasana makan malam unik, cuba ke Lara Djonggrang, Menteng. Jangan lupa untuk berpesta di kelab seperti Lucy In The Sky atau Dragonfly ya.

Sepanyol

Buat kamu yang gemarkan kehidupan bandar dan suasana berbeza, Cosmo cadangkan kamu ke Barcelona, Sepanyol. Bayangkan kamu dan teman-teman berjalan melihat hasil kerja tangan arkitek terhebat dunia, Antonio Gaudi seperti Sagrada Familia, Casa Batlo dan Park Guell. Jangan lupa ke muzium Picasso sebelum bersantai dan menikmati kudapan di sekitar La Rambla atau Carrer Petritxol.

 

Foto: 123rf.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist