Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
gegar vaganza 2016

Top 5 Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-3 Pilihan Cosmo

Konsert pertama Gegar Vaganza musim ke-3 sudah pun berlangsung semalam. Rata-rata peserta memang menampilkan persembahan yang hebat. Yelah, peserta GV3 membariskan penyanyi tempatan yang berpengalaman. Jadi Cosmo senaraikan peserta Top 5 yang mungkin menjadi juara kali ini.gegar vaganza 2016

1. Siti Sarah

She is topnotch! Sarah semalam membawakan lagu rancak nyanyiannya, Jangan Kau Mimpi dan mendahului jumlah pemarkahan daripada juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim, termasuk juri jemputan Datuk Yusof Haslam. Sarah ada kelebihan dari segi vokalnya yang tinggi dan bertenaga serta sering cuba mencabar dirinya sendiri dari segi keupayaan vokal. Vocal range yang besar dan sesuai untuk bawakan pelbagai rentak, Sarah memang calon favorite untuk menang.

 

2. Azharina

Vokal Azharina bertaraf antarabangsa dengan tone yang husky dan vocal styling yang hebat. Cuma Cosmo dapat bayangkan kepayahan Azharina untuk menyanyikan lagu irama asli yang sememangnya sukar buat penyanyi berjiwa jazz dan soul sepertinya.

 

gegar vaganza 2016

3. Zarul Umbrella

Zarul adalah peserta lelaki paling kacak dan digilai peminat wanita! Kelebihan Zarul ialah personalitinya yang menjadi crowd puller untuk program ini. Zarul mungkin akan ke final sebab secara logiknya, pihak produksi mahu menjaga rating program dan bayangkan kalau dia disingkirkan lebih awal? Pasti ramai wanita yang tukar channel! 

 

gegar vaganza 2016

4. Nora

Nora mempunyai teknik vokal yang bagus jadi dia tidak akan ada masalah apabila menyanyikan lagu pelbagai genre. Cuma kekurangan Nora dengan peserta lain mungkin dari segi menguasai pentas seperti menari terutamanya jika dia perlu menyanyikan lagu rancak. Tapi kalau diikutkan kemampuan vokalnya, Nora hanya berdiri tegak pun masih mampu menggegarkan pentas!

 

gegar vaganza 2016

5. Intan Sarafina

Intan sebenarnya mampu menyanyi secara live dengan baik. Tetapi dia sedikit bosan di pentas, mungkin kerana karakter Intan yang agak reserved dan pendiam. Tapi bayangkan kalau karakternya bertukar menjadi lebih aggressive dan expressive di pentas? Intan boleh ‘tapau’ semua peserta, tambahan pula peminat lelaki suka tengok Intan yang so effortlessly gorgeous on stage.

Foto: Instagram.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness