Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Selebriti Untuk Selfie Sempurna

Kerana di sebalik satu gambar yang sempurna itu ada 20 yang sudah kena delete, Shay Mitchell berkongsi tip untuk mengambil selfie sempurna.

 

1. Tetapkan latar belakang

Berdiri berdekatakan tingkap bila nak ambil selfie. Cahaya semula jadi itulah yang terbaik kerana ia buat wajahmu nampak cerah tanpa bayangan. Latar belakang yang bersih juga lebih cantik.

2. Strike a Pose

Kata Shay, dia lebih cenderung menayang sisi kiri wajahnya berbanding kanan. Pegang kamera tinggi sedikit daripada wajah dan tundukkan sedikit skrin. Kemudian cuba fikirkan sesuatu yang kelakar supaya kamu ketawa natural. “Itu gambar paling menarik dan susah nak dapatkan gambar yang sempurna pada cubaan pertama.”

3. Minta pendapat

Hantar beberapa gambar pilihan kamu (janganlah sampai 10, dua atau tiga yang terbaik) kepada teman dan minta mereka pilih yang mana lagi cantik. Kawan yang betul kawan takkan meluat jika kamu minta tolong mereka.

4. Guna apps sebaiknya

Walaupun kamu nak post ke Instagram, tak salah kamu guna apps lain (jika kamu rasa yang ada di Instagram tak mencukupi) untuk edit sedikit gambar kamu. Rajin-rajin membelek butang edit untuk efek terbaik.

5. Muat naik dan relaks

Janganlah mengharapkan ‘likes’ yang banyak setiap kali kamu post gambar. Yang penting kamu suka gambar yang kamu post itu.

Foto: @shaym

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru