Tip Untuk Tidak Tersasar Daripada Plan Diet Kamu
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Untuk Tidak Tersasar Daripada Plan Diet Kamu

Berapa lama kamu bertahan menelan menu sihat? Selepas sebulan, hati mula goyah. Kamu mula tidak berselera dengan menu disediakan sendiri. Bagaimana kamu mahu bulatkan hati agar tidak terbabas dari pelan asal untuk berdiet?

Maklum sajalah, memasak sendiri menu sihat tanpa garam dan gula, rasanya pasti kurang menyenangkan deria rasa. Saranan Cosmobody agar kamu tidak terlalu ekstrem melakukannya. Takut nanti kamu jadi kemaruk dan mula memakan makanan kurang sihat dengan lebih banyak.

Kamu mula mengidamkan mahu kari, nasi ayam, ais krim dan sebagainya. Sedangkan kamu masih perlu kawal pemakanan sehingga berat kamu turun ke berat paling ideal. Apa perlu dilakukan seandainya kamu mula kembali pada tabiat lama – makan sesuka hati?

Belum terlambat untuk memulakan sekali lagi tetapi dengan lebih teratur dan selamat. Apakah yang perlu kamu lakukan?

Start Small

Selak semula menu diet sebelum ini. Untuk lebih berkesan kamu perlu mengambil makanan yang sesuai dengan darahmu. Sekiranya berdarah O, paling pantang adalah nasi atau bahan berkalori lain. Kamu perlu disarankan mengamalkan diet protein untuk lebih cepat. Namun, kamu pernah lakukan dan gagal. Jagi mulakan semula dengan perlahan-lahan.

Kaji mengapa sebelum ini kamu gagal. Kamu mungkin telah mencubanya dua kali. Kenali tubuh kamu, apa boleh di makan dan apa yang tidak. Perlahan-lahan menggantikan barangan dapur contohnya gantikan cereal dengan whole grain oatmeal atau smoothie.

Ikut Selera Peribadi

Jangan memaksa diri untuk kekal dengan diet protein sekiranya kamu tidak gemar dengan beberapa menu di ambil. Ubahsuai dengan seleramu tetapi olah cara memasak. Cara memasak boleh diterima seperti rebus, panggang atau stim.

Sekiranya kamu tidak suka ikan dimasak stim, cuba panggang dan letakkan ikan di dalam daun pisang agar zatnya kekal. Kalau tidak suka ayam panggang, mungkin kamu boleh cuba stim. Semuanya boleh dirancang dan jangan malas.

Reward Yourself

Reward youself dengan setiap kejayaan. Kalau boleh apa dibeli adalah melambangkan gaya hidup sihat kamu jalani. Beli pisau memasak atau Bullet microwave untuk jus sihat kamu. Dengan cukup kelengkapan pastinya kamu mampu mencipta menu lebih menarik.

Cipta Resipi Menyelerakan

Andai cara penyediaan dada ayam kamu membosankan, ubahsuai dengan spices yang ada. Lebih ringkas kadang-kadang lebih menyelerakan. Contohnya tumbuk bawang putih dan letak serbuk halia, serbuk cili, sedikit sos dan madu. Salut pada ayam biarkan beberapa jam. Kemudian grill dengan semburan minyak sebelum dibakar dalam ketuhar.

Percayalah, resipi campak-campak sepertinya lebih enak dimakan. Tatkala berkongsi dengan teman #fitsister kamu. Ajak sahabat kamu untuk ikut serta menjaga kesihatan dan bertukar-tukar resipi dengannya.

Foto: 123rf.com