Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
career

Tip Untuk Genggam Kerjaya Idaman

Baru tamat pengajian dan masih belum berjaya dapat sebarang pekerjaan? Tip Cosmo ini boleh membantu kamu menggenggam kerjaya idaman. 

career

 

1. Kenali Dirimu Sebaik Mungkin

Fikirkan kerjaya yang kamu minati, bidang yang kamu mahu terokai dan kemahiran yang kamu ada untuk digunakan dalam pekerjaan yang ingin kamu mohon . Sediakan butiran mengenai kemahiran, kekuatan, serta kekurangan diri dan gunakannya untuk pancing peluang dalam industri, syarikat dan jawatan yang kamu rasa kamu boleh kuasai. Inilah waktunya untuk kamu lebih mengenali diri sendiri dan senaraikannya sebagai aset untuk digunakan dan ‘dijual’ ketika sesi temu duga nanti.

 

2. Buat Kajian Dengan Lebih Mendalam

Kenal pasti syarikat, jabatan dan jawatan untuk kamu sasarkan termasuk juga orang penting yang dalam jabatan sumber manusia. Pastikan kamu tahu sebanyak boleh mengenai jawatan yang ingin dipohon dan jika ada sebarang kemusykilan mengenainya, jangan malu untuk bertanya kepada rakan-rakan atau mentor sebelum sesi temu duga kamu.

 

3. Perfect Your Toolkit

Kebanyakan graduan baru tidak mempunyai pengalaman kerja dan tak pasti apakah yang perlu ditulis dalam résumé. Di sinilah tempatnya untuk kamu senaraikan segala pencapaian akademik dan aktiviti yang kamu sertai di universiti dulu. Tekankan lebih kepada aktiviti yang berkaitan dengan kerja yang dimohon seperti kursus yang diambil, leadership position, latihan amali, kerja sukarela, kelab pelajar atau profesional yang kamu sertai. Selain itu senaraikan juga kemahiran yang kamu pelajari seperti pengurusan projek yang boleh mencerahkan peluang kamu untuk genggam kerjaya idaman.

 

Foto: Chris Eckert/Studio D

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor