Tip & Trik Kala Bercuti - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip & Trik Kala Bercuti

Kamu mahu akaun Instagram-worthy? Pelbagai aktiviti dapat dilakukan ketika bercuti dan menikmati menu lokal. Cosmo ada tip dan trik sepanjang kamu bercuti. Jadikan artikel ini panduan ya!

LOOK SUPERSTYLISH!
Jika kamu bercuti ke pantai, kamu ‘wajib’ sapukan krim tabir suria. Jangan sampai badan kamu berbelang! Selain itu, alternatif untuk melindungi badan adalah dengan menggunakan selendang. Tapi jika destinasi percutian kamu adalah Lake Tahoe, mungkin kamu boleh gayakan mafla swag.

CABAR DIRIMU
Inilah definisi fearless girls sebenar! Cuba makanan tempatan, lakukan aktiviti yang selama ini kamu tak berani cuba seperti bungee jumping, sky diving dan sebagainya. Resist the temptation to plan, plan, plan. Bebaskan diri daripada zon selesa dan cuba perkara baru!

ENJOY MASA BERSAMA
Seronoknya bila insan tersayang ada di sebelah ketika mengembara. Inilah saatnya untuk kalian habiskan masa bersama sambil eratkan hubungan. Cipta momen yang indah atau melucukan, secara ia tak langsung ia jadi kenangan manis untuk kalian berdua.

BLEND IN!
Tak mencabarlah jika kamu asyik naik perkhidmatan awam bila nak ke mana-mana atau makan di restoran mewah saja. Inilah waktu terbaik untuk rasai kehidupan seperti penduduk tempatan. Bila sudah rasai pengalaman tersebut, kamu boleh berkongsinya dengan teman-teman lain.

RAKAM FOTO UNTUK ALBUM
Memang kamu akan kongsi segalanya di Twitter dan Instagram, tapi lebih bermakna jika kamu rakam gambar, catitkan tarikh dan nama tempat yang kamu kunjungi dibelakang foto tersebut, kemudian simpan dalam album. Bila-bila masa kamu nak imbas kembali memori indah, selak saja album!

BERKONGSI TIP
Ada teman yang mahu ke destinasi percutian sama denganmu? Tak salah berkongsi tip dan info berguna, sekali gus kamu boleh sebarkan kegembiraan pada orang ramai. Barulah fun, fearless, fabulous girl!

HIT THE TOWN
Setiap destinasi yang kamu pergi mempunyai vibe berbeza. Janganlah asyik duduk terperuk dalam bilik saja. Keluar dan nikmati night life! Manalah tahu kamu akan terserempak dengan jejaka kacak…

MUAT TURUN APLIKASI BERGUNA
Cosmo jatuh cinta dengan Yelp, it is a lifesaver when exploring a new place. Ia mudahkan kamu cari tempat makan yang sedap dan menarik. Selain itu, download Soulver untuk bantu rancang perbelanjaan mengikut bajet serta Lounge Buddy untuk peluang berehat di airport lounge secara percuma ketika transit.

 

Foto: Shutterstock.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist