Tip Tangani Kritikan Di Tempat Kerja
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Tangani Kritikan Di Tempat Kerja

Kritikan orang atasan kadangkala boleh buatkan telinga kamu ‘panas’. Tapi tahu tak, reaksi kamu selepas ditegur akan dinilai orang sekeliling? Jadi anggap kritikan itu satu kelebihan, bukan kelemahan. Berikut antara tip yang boleh kamu cuba untuk hadapi situasi ini.

 

Dengar

Pastikan kritikan itu membina dan bukan simply rude. Beri peluang untuk kamu dengar dan analisa pendapat mereka.

 

Sabar

Hormati sesuatu pendapat dan berterima kasih jika ia berguna. Namun jika kamu rasa majikan sengaja mencari salah, senyum saja kerana ‘kemenangan’ sentiasa di pihak kamu.

 

Don’t take it personally

Keluarkan diri daripada situasi itu dan fokus pada kritikan. Walaupun kamu dapat C+ dalam ujian pertengahan tahun, kamu masih boleh dapat gred A+ untuk personaliti. Begitu juga dalam bidang pekerjaan.

 

Atasi tekanan

Bila berada di luar kawalan, memang sukar untuk beri respon pada kritikan. Jadi tarik nafas agar tahap stress kamu tidak membahayakan.

 

Teruskan

Ingat, kritikan hanya mewakili satu pendapat. Tahu kekuatan diri dan jangan biar pendapat orang lain melemahkan kamu.

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor