Tip Mudah Untuk Kulit Wajah Mulus Sempurna
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tip Mudah Untuk Kulit Wajah Mulus Sempurna

Tip Mudah Untuk Kulit Wajah Mulus Sempurna

Kamu tak perlu korbankan penampilan ke pejabat atau mesyuarat hanya kerana tak cukup waktu bersolek. Cosmo ada trik mudah dengan bedak asas – kulitmu yang kusam berbelak boleh bertukar sekata dan berseri!

Tip Mudah Untuk Kulit Wajah Mulus Sempurna

Foto: Shutterstock.com

1. Kenal pasti warna paling sesuai

Dari pipi ke rahang, dan terkini kalau nak tahu warna bedak asas paling sempurna dengan kamu, cuba pada tulang selangka. Yang mana paling sama dengan ton kulit, itulah yang patut kamu pilih untuk kemasan tak terlalu cerah, tak terlalu gelap.

2. Oles pada bahagian penting

Kalau kulitmu jenis berminyak, eloklah pakai primer dulu agar bedak asas bertahan. Kemudian pedap pada wajah. Kamu mahukan lebih litupan pada pertengahan wajah di mana kulit sering bercapuk atau kemerahan.

3. Adun dan ratakan

Guna berus atau span, tekan dan oles seperti kamu mahu bedak menyatukan kulit dengan mengoles dari tengah ke sisi wajah, ke rahang. Oleskan juga ke leher supaya ia nampak sekata keseluruhan. Kalau berhijab tak perlulah sampai leher, cukup sampai bawah dagu.

4. Set dengan bedak

Bedak membantu bedak asas bertahan dan mengelak daripada berbelak. Pilih satu ton lebih cerah daripada kulit atau jenis yang tak berwarna dan pedap pada kulit. Percayalah, semudah itu wajahmu tampil lebih bersemangat, lebih segar untuk menghadap kerja setiap hari.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor