Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Mudah Berpuasa Di Bulan Ramadan Tanpa Rasa Keletihan

Memang betullah seperti yang diperkatakan, puasa mampu menurunkan berat badan. Tetapi, ada caranya. 

Dengan berpuasa kamu mempercepatkan kadar metabolisma, memperbaiki insulin dalm tubuh dan sistem imunisasi. Perut kosong tidak meruntuhkan keimanan kamu, tetapi membantu melanjutkan usia sebenarnya kerana kamu mengawal pemakanan yang masuk ke dalam tubuh. Pasti tubuh lebih sihat.

Di dalam artikel sebelum ini, Cosmobody pernah membincangkan manfaat melakukan senaman ketika perut kosong. Untuk lebih lanjut sila rujuk di artikel ini. Mungkin bulan ini lah waktunya kamu mahu mengamalkannya.

Terdapat tiga cara mudah untuk kamu berpuasa sepanjang Ramadan ini seterusnya mencuba ouasa enam di bulan Syawal.

Kardio Low Intensity

Tidak perlu lakukan high intensity kerana kamu tidak boleh minum air selepas bersenam untuk recovery. Antara recovery yang kamu boleh lakukan pada Ramadan adalah tidur kerana ia mencetuskan pemulihan. Aktiviti anabolic (muscle-buiding) hormone bertambah manakala aktiviti catabolic (muscle-desroying) hormone akan berkurang.

Urutan juga mampu membuatkan tubuh pulih dan kemudian mandi terutama ke tempat kerja. Ketika melakukan kardio ini, pastikan ukuran heart rate kamu adalah 16 hingga 17 peratus (kira-kira 130 degupan) bagi mengelak hidrasi tubuh kerana kamu sedang berpuasa.

Minum Secukupnya

Lakukan hanya 30 – 40 minit sahaja. Tidak perlu bersenam setiap hari, cukup tiga kali seminggu. Ketika berbuka puasa, mulakan dengan air masak (bukan air manis). Seharian berpuasa kelembapan tubuh akan berkurang jadi kamu perlukan sekurang-kurangnya 8 – 16 oz.

Berbuka dengan menu sihat termasuk lean protein (dada ayam). Amalkan solat terlebih dahulu sekaligus menjarakkan waktu makan (saat perut penuh) dan waktu bersenam.

Senaman Malam

Setelah itu, barulah dilakukan senaman seperti biasa. Selepas senaman kamu perlu mengisi perut tetapi pastikan menu ringan. Contohnya mengambil protein shake kerana lewat malam, kamu akan makan sahur dan barulah mengambil menu lebih berat.

Sekiranya kamu mengamalkan tip diberikan dalam tempoh Ramadan ini, semestinya lebih mudah buat kamu mengamalkan gaya hidup lebih teratur dan sihat.

Foto: 123rf.com