Tip Menyimpan Untuk Percutian Idaman - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tip Menyimpan Untuk Dapatkan Percutian Idaman

Tip Menyimpan Untuk Percutian Idaman

Kamu mahu keliling dunia, timba pengalaman dan nikmati kehidupan, tapi fulusnya tiada? Jangan hanya duduk terperuk di dalam bilik, menangis lihat post orang lain bercuti di Instagram.

Tip Menyimpan Untuk Dapatkan Percutian Idaman

Foto: Shutterstock.com

Cosmo pasti kamu ada seorang teman yang sering melancong seluruh dunia dan kelihatan seolah dia tidak mempunyai apa-apa masalah kewangan. Setiap kali kamu lihat laman sosial medianya, pasti dia upload gambar percutian dan buat kamu terfikir, “Mana dia dapat duit banyak untuk travel around the world?

Ramai yang bertanya bagaimana nak jadikan percutian impian satu kenyataan dan ada juga yang menganggap mereka bertuah atau dilahirkan dalam keluarga berada. Well, not all are independently wealthy, dan tuah tidak mainkan peranan besar dalam merealisasikan impian kamu. Kamu perlu berusaha untuk segala yang kamu mahukan dalam kehidupan. Jika kamu pilih melancong dan keliling dunia sebagai keutamaan hidup, kamu perlu berkorban aspek lain untuk jadikannya satu kenyataan.

Bagaimana? Kamu perlu belajar the art of saving dengan bersungguh-sungguh kerana tidak semua sangup untuk lakukannya. Ramai yang jalani kehidupan tidak sederhana – pembelian gajet terkini, pakaian baru dan keluar makan dengan kerap. Ini semua adalah perkara yang dianggap sebagai bukan keperluan tapi lebih kepada gaya hidup. Jika kamu masih terpinga-pinga bagaimana orang lain berjaya menyimpan wang untuk melancong dan kamu terperangkap di rumah menunggu gaji setiap bulan, you need to start by following these simple tips! Sangat mudah dan tampak seperti satu perkara remeh, tapi berikan impak yang sangat besar.

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) Bajet, bajet, bajet!
Sebelum kamu mula, perkara pertama yang perlu kamu buat adalah lakukan spreadsheet dalam Microsoft Excel atau mana-mana aplikasi lain, dan jejaki setiap pembelian atau bayaran. Lakukan untuk tempoh sebulan atau dua bulan untuk ketahui ke mana wang kamu dibelanjakan. This is a huge eye opener, dan dari situ kamu boleh buat keputusan bagaimana untuk ubah tabiat belanja kamu.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor