Tip Menghias Rumah Daripada Cosmo Girls - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Menghias Rumah Daripada Cosmo Girls

Walaupun tak banyak ilmu dalam bidang dekorasi, tak bermakna kamu tak boleh cantikkan lagi kediaman. Cosmo minta beberapa wanita kongsikan panduan menghias rumah mengikut bajet masing-masing.

 

49593032_m

 

Kamu harus fikir rekaan yang dimahukan dari awal dan cara untuk gunakan seluruh ruang dengan baik. “Susun atur perabot. Ciri penting adalah mewujudkan ruang yang luas dan bebas bergerak. Sebagai contoh, kamu boleh rapatkan katil ke tepi dinding daripada meletakkannya di tengah ruang bilik.” Farina, 25

 

Bertindak pantas dan bijak dengan melayari internet untuk dapatkan tip bagi menghias rumah. “Saya temui cetakan bermotif yang boleh dimuat turun di laman web Etsy.com di mana kamu boleh buat rekaan sendiri dan pilih warna disukai. Hanya cetak dan letak dalam bingkai gambar. Mudah!” Lina, 29

 

Cipta ruang pada kawasan lapang. “Memandangkan saya blogger, saya perlukan ruang bekerja dan kamar tidur sebagai pejabat. Jadi saya bahagikan ruang tidur kepada beberapa bahagian supaya mudah untuk ambil gambar dan ada latar belakang menarik.” Jihan, 27

 

Hati-hati memilih langsir. “Tak dinafikan harga langsir boleh mencecah ribuan ringgit, tapi ia keputusan bijak yang saya ambil. Jika selepas mencuci langsir kamu dapati ada lubang, bermakna fabriknya rendah kualiti. Sebab itu saya pilih fabrik Belgian! Day curtain membantu saya tidur nyenyak kerana ia meresap haba ketika siang hari.” Amanda, 26

 

Ambil masa jika perlu! “Saya tak tahu nak buat apa dengan cermin besar di meja dandan dan mahukan sesuatu yang menarik. Selepas berfikir panjang, saya memilih untuk memasang mentol di sekeliling cermin. Terus jadi ‘wow’!” Aisyah, 25

 

Percaya dengan cita rasa sendiri. “Jika kamu gunakan khidmat perunding dekorasi, pastikan mereka mengikut cita rasa kamu, bukan sebaliknya. Pastikan kamu pilih konsep yang kamu impikan mengikut bajet yang ada.” Leyaa, 24

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor