Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Lupakan Bekas Kekasih

Baru putus cinta? Tak perlu ratap lama-lama, jom Cosmo bantu untuk singkirkan si dia dari fikiranmu.

breakup

 

Be Honest, Apa Yang Kamu Rindu Sebenarnya?

Bekas kekasih kamu ataupun hubungan itu sendiri? Mungkin sebenarnya apa yang kamu ratapi bukanlah si dia, tetapi ‘kalian’ sebagai pasangan. Jika kamu faham apa yang buat kamu rasa sedih, lebih mudah untuk kamu lupakan kisah cinta lalu. Lakukan aktiviti bersama teman-teman supaya mudah untuk kamu lupakannya.

 

Lupakan Si Dia.

Kamu jatuh cinta kerana sikapnya yang kamu kenali di awal pertemuan. Tapi jika kamu bertemunya dalam keadaan dirinya sekarang, adakah kamu akan jatuh hati dengan dirinya? Pointnya di sini, setiap orang berubah, jadi mungkin kamu sebenarnya merindui seseorang yang tidak lagi wujud. Jadi nasihat Cosmo, lupakan saja dan move on –  ini lebih baik untuk kehidupanmu kerana kemungkinan besar si dia pun sudah tidak lagi memikirkan tentangmu.

 

Cintai Diri Sendiri.

Bila bercinta, orang akan sentiasa melebihkan kehendak pasangan sehingga mengabaikan keinginan diri. Buat perkara yang selama ini kamu tak berkesempatan nak buat seperti belajar menjahirt, sertai kelas tarian serta sebagainya dan berseronoklah mengenali diri sendiri.

 

Tak Perlu Berkawan.

Sebaiknya tak perlulah teruskan perhubungan dengan bekas kekasihmu sebagai rakan, sekarang bukanlah masa yang tepat. Ia hanya akan menyukarkan kamu untuk melupakan percintaan kalian.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor