Tip Kurangkan Ketagihan Terhadap Makanan Ringan - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Kurangkan Ketagihan Terhadap Makanan Ringan

Macam mustahil, tapi mungkin berkesan… Ini senarai makanan yang akan membantu kamu lupakan ‘jajan’ atau makanan ringan. Cuba ya!

 

29029040 - homemade golden caramel popcorn in a bowl

Bertih Jagung

Rasanya macam kunyah angin, tapi ia sebenarnya sumber serat kecil yang akan mengenyangkan kamu. Tapi, hati-hati dengan bertih jagung bersadur (karamel contohnya) kerana ia kaya lemak, gula dan garam tambahan. Lain dah tu!

 

chocolate_chocolate_bar_zartbitterschookolade

Coklat Gelap

Kajian menunjukkan makan beberapa keping coklat gelap boleh mengekang keinginan untuk makanan ringan yang masin dan manis. Apatah lagi, ia meningkatkan endorfin baik, memberikan kamu tenaga diingini.

 

9362016_s

Yogurt Rendah Lemak

Protein ambil masa untuk ‘meninggalkan’ perut dan produk tenusu ini mengandungi dua kali ganda kandungan protein daripada makanan biasa.

 

Hearty-Vegetable-Soup

Sup Sayur

Satu cawan sup sayur akan buat kamu rasa kenyang. Sebab pertama, sayuran kaya dengan serat, dan kedua, sup akan penuhkan ruang dalam perut. Rasanya pun sangat lazat!

 

31593426 - various types of cheese composition

Keju

Ya, percayalah. Beberapa keping cheddar biasa di waktu tengahari akan buat kamu kenyang, berbeza jika kamu mengunyah makanan ringan. Keju kaya protein yang mampu mengekalkan jumlah otot dan menaikkan metabolisme.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor