Tip Kulit Flawless - Miranda Kerr Minum Celery Juice Setiap Pagi! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Kulit Flawless – Miranda Kerr Minum Celery Juice Setiap Pagi!

Cosmo boleh katakan yang Miranda Kerr adalah supermodel yang memiliki kulit wajah paling cantik setakat ini. Apa rahsia wanita kelahiran Australia ini yang kelihatan 10 tahun lebih muda daripada usia sebenarnya yang bakal mencecah 36 tahun?

Miranda memang terkenal dengan obsesinya menggunakan bahan organik termasuk untuk kecantikan tubuh dan pemakanan. Selain daripada mengamalkan meditasi dan yoga, Miranda mendedahkan dia telah mengamalkan minum jus saderi setiap pagi!

“Saya takut dengan bahan kimia yang banyak dalam sesetengah produk kecantikan popular juga makanan di pasaran. Jadi saya mengambil inisiatif untuk masak sendiri dan memilih produk organik saja,” katanya.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness