Tip Jadi Wanita Berjaya Dalam Kerjaya
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
career

Tip Jadi Wanita Berjaya Dalam Kerjaya

Siapa kata kamu kena ada kualiti tip top untuk jadi wanita berjaya? Empat ciri-ciri biasa ini akan bantu membawa kamu ke tahap yang lebih tinggi dalam kerjaya.

career

 

Elak Bersikap Perfectionist

Kamu rasa kamu harus ada sikap sebegini untuk capai kejayaan? Salah! Kamu harus tahu kamu tak boleh lakukan semua tugasan secara maksimum dalam satu masa. Malah kajian membuktikan, bila kamu cuba menjadi sempurna, ia hanya akan merugikan tenaga serta waktu, dan buat kamu rasa lebih tertekan.

 

Berani Ambil Risiko

Tanyakan soalan ini kepada diri sendiri: “Apa kamu perlu lakukan untuk capai kejayaan?”. Wanita berjaya tidak pernah berada di zon selesa dalam jangka masa lama. Dia sentiasa peka dengan sekeliling dan tahu bila masanya untuk ambil risiko dalam hidup.

 

Jangan Takut Gagal

Kamu perlu tahu yang kamu tak boleh berjaya tanpa usaha. Jika gagal, jadikannya batu loncatan untuk menuju kejayaan. Buku pertama Harry Porter pernah ditolak oleh 12 penerbit, tapi itu tidak membuatkan J.K. Rowling menyerah. Tengoklah di mana dia berada sekarang.

 

Rajin Beriadah

Kebanyakan wanita berjaya melakukan senaman bukan saja untuk kurangkan berat badan atau dapatkan tubuh seksi, tapi lebih kepada untuk meningkatkan tenaga dan meleraikan stress dari tubuh dan fikiran. Ia juga dapat buat tidur kamu lebih lena di malam hari. Apa kata kamu mulakan bulan ini?

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor