Tip Jadi Teman Wanita Yang Lebih Memahami - Page 5 of 8 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Jadi Teman Wanita Yang Lebih Memahami

Siapa kata sukar untuk fahami lelaki? Sebenarnya tak susah mana pun. Cuma kita sebagai seorang wanita, kadangkala suka rumitkan keadaan dan perbesarkan sesuatu perkara. Tiba masa untuk kamu jadi teman wanita yang lebih memahami.

Foto: Shutterstock.com

5 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

5) Jangan harap dia tahu apa yang kamu mahukan.

Dia tidak boleh baca fikiran kamu! Ingat, bukan tanggungjawabnya untuk secara automatiknya tahu apa yang kamu mahukan tapi ia adalah tanggungjawab kamu untuk beritahu atau bertanya padanya. Jika kamu tidak tanya, si dia tidak akan tahu dan tidak akan berinya kepadamu atau dia akan cuba untuk teka apa yang kamu mahu dan apabila tersalah, kamu pula merajuk dan marah tak tentu hala.

Solusi: Pertama sekali, pastikan kamu tahu apa yang kamu mahukan dengan secara spesifik. Lelaki adalah manusia yang sangat logikal dan bertindak kepada informasi yang jelas dan spesifik. Sebagai contoh, jika kamu mahukan lebih kasih sayang, daripada berkata, “I nak lebih kasih sayang,” sebaliknya katakan “Boleh tak you peluk I setiap pagi sebelum you pergi kerja?”

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert