Tip Jadi Teman Wanita Yang Lebih Memahami - Page 3 of 8 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Jadi Teman Wanita Yang Lebih Memahami

Siapa kata sukar untuk fahami lelaki? Sebenarnya tak susah mana pun. Cuma kita sebagai seorang wanita, kadangkala suka rumitkan keadaan dan perbesarkan sesuatu perkara. Tiba masa untuk kamu jadi teman wanita yang lebih memahami.

Foto: Shutterstock.com

3 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

3) Lelaki adalah penyelesai masalah.

Ia boleh mengecewakan apabila kamu beritahu si dia tentang bad day kamu dan dia mula memberitahu kamu bagaimana untuk betulkannya dan apa yang boleh kamu lakukan. Sedangkan apa yang kamu mahu darinya hanyalah untuk mendengar keluhanmu. Sementara wanita dapati dengan bercakap boleh melegakan keadaan, lelaki pula seorang penyelesai masalah. Mereka lihat kamu bersedih dan mereka mahu perbaiki keadaan itu untuk buat kamu gembira.

Solusi: Sebelum kamu ‘lancarkan’ ceritamu, beritahu si dia terlebih dahulu bahawa kamu hanya mahu dia dengar keluhanmu. Jika kamu mahu dia berkata apa-apa atau bantu kamu selesaikannya, beritahunya. Kamu akan dapati dia berikan perhatian sepenuhnya dengan mendengar dan kamu akan rasa disayangi, didengari dan lebih lega.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert