Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
boss

Tip Jadi Serasi Dengan Bos

Apa nak buat jika rasa majikan dan kamu tak berapa ‘ngam’? Di sini ada panduan agar hubungan kalian lebih serasi.

 

boss

 

LANGKAH 1

Tarik Nafas, Mungkin Bukan Kamu Puncanya

Mungkin dia tak jelaskan dalam e-mel atau dia memang jenis kuat mengeluh bila angkat telefon, tetapi jangan mudah buat conclusion. Bos mungkin nampak tak mesra, moody, tertekan secara kronik, sedang ada masalah atau plain jerk. Kamu takkan boleh tahu apa dalam fikirannya. Jangan terbawa-bawa dengan rasa sangsi dan gusar itu.

 

LANGKAH 2

Melangkah Seperti Bos

Jadi dirimu, tetapi ikut rentak langkahnya. Dia peramah? Masuk ke pejabatnya untuk bincangkan projek secara bersemuka dan bukan menerusi e-mel, atau mulakan perbualan dengan rakan sekerja untuk tunjukkan kamu a team player. Jika dia serius saja? Elak berbual santai atau kamu akan kelihatan seperti tidak produktif.

 

LANGKAH 3

Aturkan Pertemuan

Masih dipandang semacam? Kamu mungkin telah buat silap tapi tak tahu puncanya. Jadualkan pertemuan dengan bos dan tanya soalan spesifik seperti: “Saya dapat rasa bos kecewa dengan laporan semalam, tetapi saya tak pasti jika ia ditujukan pada saya.” Beritahu yang kamu terbuka untuk sebarang maklum balas, dan pasang telinga. Katakan, “Bagaimana boleh saya baiki mutu kerja?” Dan lakukannya.

 

LANGKAH 4

Bercakap Dengan Sumber Manusia

Jika masih tak selesai masalah, tanya bahagian sumber manusia jika kamu boleh pindah jabatan. Mereka mungkin setia dengan pengurusan kanan, jadi berhati-hati dengan cara kamu bertanya. Jika kamu diganggu secara fizikal atau seksual, buat laporan – sumber manusia bertanggungjawab untuk membantu kamu. Jika kamu didera secara lisan atau dibuli, perlindungan undang-undang adalah lebih lemah. Beri peluang untuk sumber manusia membantu, tetapi bersiap sedia juga untuk mencari kerja di tempat lain.

 

LANGKAH 5

Rancang Strategi Keluar

Jika kamu tak gembira selama enam bulan – walaupun dah cuba perbaiki situasi – dah tiba masanya untuk move on. Elak mengadu tentang masalah kerjaya lampau pada bakal majikan. Kekal positif dan fokus pada kualiti kerja kamu sebelum ini. Jika kamu diminta beri nama sebagai rujukan, pilih bos lain yang kamu berhubung baik atau mentor dari tempat kerja terdahulu.

 

LANGKAH 6

Bertabahlah Sementara Di Situ

Jika berdepan dengan bos pada hari Isnin nanti (atau hari lain) buat kamu rasa gusar, aturkan rancangan hari kerja yang bertenaga, seperti keluar makan tengahari dengan rakan sekerja atau mentor yang memberi inspirasi. Setiap minggu, buat satu perubahan yang akan mendekatkan kamu pada kerjaya baru (seperti updating resume) untuk membina momentum.

 

LANGKAH 7

Berhenti Dengan A High Note

Janganlah menjelir lidah pada bos pada hari terakhir sebelum melangkah keluar dari pejabat itu. Jadi pekerja berhemah dan beritahu ‘Cruella deBoss’ yang kamu peroleh jawatan yang lebih berpadanan dengan skill kamu.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor