Tip Jadi Lebih Organized di Pejabat
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Jadi Lebih Organized di Pejabat

Memang mencabar untuk pastikan semua benda teratur bila kamu sedang sibuk dengan pembentangan, mesyuarat dan deadlines. Lebih teruk lagi bila ruang kerja kamu bersepah dan kamu tak tahu bagaimana nak sudahkan tugasan yang ada. We’ve all been there, girl. Cosmo kongsikan cara mudah dan berkesan untuk kamu jadi lebih organized.

 

office

 

1. Singkir sampah

Pertama sekali, buat senarai apa yang perlu dibuang dan apa yang perlu disimpan. Buang semua dokumen dan printouts lama yang kamu tidak lagi perlukan, termasuk ‘sampah’ yang terbiar di ruang kerja seperti sticky note lama di skrin komputer dan pen yang sudah pun kering dakwatnya. Ini akan berikan lebih ruang untuk bekerja, jadi lebih mudah untuk kamu atur dan cari barang-barang keperluan.

 

2. Pastikan ruang kerja clutter-free

Susun dokumen dan alat tulis di tempat yang betul, seperti di dalam organizer atau container kecil. Kamu jug boleh DIY menggunakan kotak kasut atau baling kaca jika tak ada bajet. Pastikan setiap barang kamu mempunyai tempatnya tersendiri seperti laptop, beg, buku atau majalah rujukan, dan dekor meja kamu seminimum boleh.

 

3. Atur e-mel

Selain ruang kerja, kamu juga perlu pastikan ruang kerja online (lebih-lebih lagi digital desktop dan e-mel) teratur. Buat folder untuk asingkan e-mel penting daripada e-mel lama yang kamu sudah tidak perlukan. Delete ratusan e-mel promosi atau newsletter yang belum dibaca dan ucapkan selamat tinggal pada e-mel tiga tahun lepas.

 

4. Create a game plan (and stick to it)

Senaraikan semua tugasan yang perlu dibuat dan cipta satu pelan bagaimana kamu mahu siapkan kesemuanya. Tip: Gunakan masa terluang (contohnya ketika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas setiap hari) untuk buat kajian. Juga, set timeline untuk keep track menggunakan kalendar digital dan untuk pastikan kamu tak lupa tarikh akhir, set reminder atau alarm di dalam telefon pintar.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor