Tip Jadi Lebih Gembira - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Jadi Lebih Gembira

Kegembiraan adalah suatu perkara yang sukar diukur sebenarnya. Setiap orang menghargainya dengan cara yang berbeza. Cosmo kongsikan beberapa tip gembira yang boleh kamu cuba.

38675840_l

 

1) Bila terperangkap dalam traffic jam.

Cosmo tak galakkan kamu belek smart phone atau tablet bila tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Kamu mungkin tak perasan ada orang di luar yang memerhati. Akibatnya, kereta kamu mungkin dipecahkan dan barang peribadi dicuri. Sebaliknya, cuba bertenang dengan mendengar lagu-lagu kegemaran kamu. Menari atau nyanyi saja sekuat hati. Bila lagi nak asah bakat, betul tak?

 

2) Bila rasa diri ‘berisi’.

Daripada kamu merungut (banyak kali) dalam Twitter, “Oh no, badan I dah naik!” lebih baik kamu mula bersenam dan kawal pemakanan. Tak perlu ke gim pun (jika alasan yuran mahal). Just put on your sports bra and shoes, kemudian jogging saja di kawasan rumah. Ataupun berbasikal saja keliling rumah. Tiga kali seminggu pun dah cukup.

 

3) Bila putus cinta.

Semua orang pasti akan rasa kes putus cinta walaupun sekali dalam hidup. Sedih memang sedih, tapi percayalah this is not the end of the world. Daripada kamu menangis pagi ke malam, apa kata kamu berdandan cantik, hubungi BFF kamu dan party all night long. Masa inilah kamu patut fikirkan tentang diri dan berusaha untuk jadi lebih baik. Ingat, jodoh pasti akan mucul satu hari nanti.

 

4) Bila ‘sengkek’.

Duit takkan datang bergolek (unless your father is Donald Trump). Jadi bekerjalah bersungguh-sungguh untuk bergembira di kemudian hari. Tapi ingat, jangan boros dan sentiasa menyimpan untuk kesenangan di masa depan.

 

5) Bila apa saja kamu buat rasa tak kena.

Tiga perkara yang kamu perlu lakukan sebaik bangun dari tidur adalah senyum dan niat untuk jadi gembira. Kedua, menarik nafas panjang-panjang dan ketiga berkata dalam hati, “Syukur, aku masih hidup hari ini.” Hidup ini bagaikan roda. Apa yang penting adalah cara kamu mengatasi sesuatu masalah. Bertenanglah dan pasti kegembiraan itu akan kamu perolehi.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert