Tip Jadi Kaya Dan Berjaya Oleh Tyra Banks
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
tyra banks wealth tips

Tip Jadi Kaya Dan Berjaya Oleh Tyra Banks

Supermodel Tyra Banks baru-baru ini berkongsi tip kejayaannya juga bagaimana cara dia berjimat dan menyimpan duit. Menerusi acara Cosmopolitan’s Fun Fearless Money, Tyra bersama beberapa figura hebat lain memberikan tip dan berkongsi pengalaman dalam bidang masing-masing.

tyra banks wealth tips

Kerjayanya sebagai businesswoman menuntut untuk dia berbelanja besar apatah lagi Tyra disenaraikan sebagai antara selebriti dan model yang meraih pendapatan tinggi di Amerika Syarikat. Walaupun Tyra telah mengumumkan persaraannya di pentas peragaan, namun dia masih menerima tawaran menjadi jurucakap ataupun duta kepada beberapa produk antarabangsa.

Malah kejayaannya menerusi rangkaian program realiti TV, America’s Next Top Model menjadikannya sebagai antara wanita yang berjaya. Namun menurut Tyra dia harus bijak berbelanja kerana gaji yang besar tidak bermakna dia tidak harus mengawal perbelanjaan.

“Saya lebih gemar memilih hotel yang berpatutan daripada yang mewah ketika saya travel atas urusan perniagaan ataupun penggambaran,” akuinya. Tyra turut mengakui kelemahannya iaitu membeli-belah seperti wanita lain. Tetapi dia harus mengawalnya kerana ketagihan membeli belah tanpa had adalah punca utama seseorang itu gagal mengawal perbelanjaan.

“Saya selalu merasakan saya tidak mampu membeli pakaian mewah walaupun hakikatnya saya boleh melakukannya. Mentaliti ini yang membuatkan saya tidak menghabiskan duit membeli pakaian yang tidak masuk akal harganya!” ujar Tyra.

https://www.instagram.com/p/BGXEinqKQDn/?taken-by=tyrabanks

Tambah Tyra, dia berfikir lebih baik wang tersebut digunakan untuk membeli aset hartanah. “Mungkin saya tidak memandang baju mewah sebagai satu pelaburan. Bagi saya pakaian adalah seperti kereta. Kamu pasti tidak memerlukannya lagi,” jelasnya yang banyak melabur dalam hartanah.

Tyra berkata kejayaan seseorang sebenarnya lebih daripada sekadar jumlah duit di dalam akaun bank! Kesusahan yang dialaminya ketika kecil membuatkannya bekerja lebih keras dan berjimat cermat. “Saya dibesarkan oleh ibu saya, seorang ibu tunggal. Disebabkan itu saya menyeru agar wanita harus berusaha untuk membela diri dan jangan hanya mengharapkan lelaki,” tegasnya.

tyra banks wealth tips

Setakat tahun 2016 dia meraih keuntungan sehingga 350 juta US Dolar menerusi perniagaan pemasarannya. Rancangan realiti TV, America’s Next Top Model kendaliannya meraih 90 juta US Dolar dan menjadi antara program paling berjaya di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Cosmopolitan Malaysia juga bakal menganjurkan acara seumpama Cosmopolitan’s Fun Fearless Money di Amerika Syarikat. Untuk info lanjut, klik di sini : Cosmopolitan Fun Fearless Life.

Foto: Instagram.com/tyrabanks

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness