Tip Jadi ‘Anak Emas’ di Pejabat - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Jadi ‘Anak Emas’ di Pejabat

Tak perlu ‘mengipas’ majikan untuk mendapat kenaikan pangkat atau gaji. Dengan kualiti kerja yang baik dan usaha yang tak putus-putus, kamu bakal diberi jolokan ‘anak emas’ di tempat kerja.

shutterstock_243060568a

 

Tingkatkan Kualiti

Jangan biarkan kamu disukai orang atasan hanya kerana penampilan atau pandai membodek saja. Tunjukkan hasil kerja yang bagus dan membanggakan, barulah kamu layak menjadi kesayangan bos. Bila diberi sesuatu tugasan, pastikan kamu laksanakan dengan sebaik boleh dan berikan usahamu melebihi 1oo peratus!

 

Tunjukkan Prestasi

Mungkin ada rakan sekerja tak yakin dengan prestasimu, sedangkan kamulah yang selalu dapatkan projek. Tak salah biar orang tahu kerja kerasmu, tapi pastikan kamu kekal merendah diri. Bila prestasi kerjamu bagus dan menjadi bualan teman-teman sekerja lain, pasti ia akan dapat ‘dihidu’ pihak atasan – kamu juga yang untung.

 

Kongsi Ilmu

Kamu jadi bahan gosip di pejabat? Mungkin sebab mereka iri hati dengan pencapaianmu selama ini. Kongsilah sedikit tip dengan ‘secret admirers’ kamu itu untuk tunjukkan yang kamu tak lokek ilmu. Bila mereka juga sudah berjaya, pasti kamu juga mendapat habuan atau sekurang-kurangnya tanda terima kasih di atas tunjuk ajar yang diberi. Selepas ini pasti nama kamu disebut-sebut bukan sebagai bahan gosip, tetapi sebagai sumber inspirasi.

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor