Tip Hadapi Jejaka Moody
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tip Hadapi Jejaka Moody

Tip Hadapi Jejaka Moody

Kadangkala lelaki yang baik juga ada ‘angin’ yang tidak menentu, tapi jangan pula kamu panas hati melihatkan sikapnya. Cuba tip hebat ini untuk tangani teman lelaki moody.

Kenal Pasti Jenis Emosinya

Lelaki perengus ada dua kategori: Pertama, lelaki yang jarang hadapi hari buruk – dia hanya rasa kecewa bila pasukan bola sepak kegemarannya kalah atau jika dia menghadapi insiden buruk di pejabat. Kedua, lelaki yang mempunyai mood tidak menentu beberapa kali dalam seminggu. Lelaki sebegini sering kali membenarkan insiden buruk menjadikan dirinya kecewa atau murung. Nyata sekali dia sensitif, dan ada kalanya ia bukanlah perkara buruk: Dia lebih mudah membaca gerak-gerimu di kala kamu sedang bersedih.

 

Selami Jiwanya

Wanita biasanya lebih cenderung mengutarakan perasaan mereka manakala lelaki pula lebih gemar menyimpan perasaan dan memberi reaksi pelik serta tidak wajar pada perkara kecil. Pasangan kamu pasti takkan mengaku bahawa dia rasa bengang kerana tidak dinaikkan pangkat, tetapi akan alihkan emosi tersebut dengan meradang kononnya mencari stokin yang hilang. Apa yang kamu saksikan adalah kegelisahan tersorok; cara dia sembunyikan emosinya.

Jadi kamu perlu pastikan sama ada dia seorang yang kadangkala moody atau jenis perengus kronik. Yang pasti, lelaki biasanya tidak akan meluahkan perasaannya jika kamu bertanya, “You nak berkongsi masalah dengan I?”. Cuba tanyakan secara spesifik contohnya, “Apa lagi yang bos you dah buat hari ni?”. Ini akan membuatkan si dia terasa mahu berkongsi masalahnya denganmu.

Jika dia masih berdiam diri, bertindak segera. jelaskan padanya kamu ingin mendengar masalahnya, bukan menjadi tempat dia melepaskan rasa tak puas hati. Kemudian biar dia buat keputusan sama ada mahu berkongsi perasaanya atau tidak. Jika dia masih berterusan begitu, katakan kamu mahu pergi berjumpa temanmu dan dia boleh hubungi kamu jika perlu.

 

Fokus Isu Dalam Perspektif

Penting untuk kamu sedar bahawa perubahan mood si dia bukanlah tanggungjawab kamu. Bila kalian dah lama bersama, kamu akan terbiasa dengan perangainya itu. Jadi cuba lihat jika dia selalu sangat naik angin, terutamanya kepada kamu. Jika dia sering saja moody dan melepaskan emosinya sehingga melebihi apa yang kamu mampu tanggung, buatlah keputusan yang baik untuk masa depanmu.

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor