Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Hadapi Hari Murung

 

Hanya kerana kamu hilang mood, ditambah pula cuaca mendung semacam, tak bermakna kamu tak boleh tampil smokin’ hot. Ketika hadapi hari murung, cuba tip Cosmo ini untuk makan lebih berselera, tubuh lebih mantap dan tidur lebih nyenyak.

22556193 - woman standing on a lavender field

 

Cergaskan Pagimu

Tak semua orang boleh terus aktif pada waktu pagi. Supaya harimu mula dengan lebih baik, lakukan persiapan pada malam sebelumnya. ‘Bentangkan’ baju yang nak dipakai sehinggalah stokin warna apa. Dan jika kamu merancang untuk ke gim selepas waktu kerja, siapkan semua baju dan masukkan dalam beg sukanmu. Bersarapan di rumah? Siapkan bahan untuk masaknya lebih awal juga. Barulah kurang rasa serabut pagi nanti.

 

Kenangkan BFF

Kajian menunjukkan kamu akan rasa lebih bersemangat nak ke pejabat jika kamu ada seseorang yang kamu tahu sekepala dan akan bantu cetuskan mood baik. Sama juga bila ke gim, kalau ada partner yang sama objektif, kamu takkan semudahnya rasa nak batalkan rancangan. Ada kawan untuk ketawa dan berbual sewaktu bersenam akan buat sesi itu jadi lebih menyeronokkan dan ceria.

 

Busana Fabulous

Satu daripada cara bangkitkan mood ketika hari murung? Pakaian yang make you look good. Tambah satu item rona ceria pada pakaian hitammu, tak kiralah tudung, kasut mahupun tas tangan. Itu adalah ‘resipi’ segera untuk buat kamu rasa hebat.

 

Tidur Lebih Lena

Kalau kamu boleh rancangkan jadual siangmu supaya berjalan lancar, rancang juga waktu tidur kamu supaya ia menjadi sesi pembaiki tubuh yang berkualiti. Jika kamu tahu tidur lapan jam akan buat kamu rasa well-rested, kekalkan rutin itu setiap hari.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor